2.0 Perkahwinan Rasulullah Dan Kehidupan Rumah
Tangga Baginda
2.1 Perkahwinan Rasulullah Dengan SITI
KHADIJAH
Umumnya mengetahui
bahawa kebanyakan anak-anak Rasulullah adalah hasil perkongsian hidupnya
bersama Khadijah dan boleh dikatakan semua buku sirah, sejarah atau hikayat
Nabi yang kita temui menceritakan bahawa Khadijah r.a. berkahwin dengan
Rasulullah s.a.w. semasa umur Khadijah 40 tahun.
Inilah pendapat yang
paling popular, sedangkan dalam kitab-kitab ada juga menyebutkan Khadijah
berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. pada ketika umur Saidatina Khadijah 35 tahun, 30 tahun, 27
tahun dan 25 tahun.
Mualana Habibur
Rahman dalam bukunya telah membuat kajian berkenaan dengan “umur” Aisyah &
Khadiah r.a. semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. dan beliau memulakan
bukunya dengan sepotong ayat al-Quran:
Maksudnya: Dia lah
Yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya,
dan Dia lah Yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah)
pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui
bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan
Dengan adanya faedah dan gunanya Yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya
(tanda-tanda kebesarannya) satu persatu bagi kaum Yang mahu mengetahui (hikmat
sesuatu Yang dijadikanNya).
Di bawah ini adalah
petikan dari perbahasan beliau berkenaan umur Khadijah r.a. semasa berkahwin
dengan Nabi s.a.w. yang saya petik daripada laman web www.darulkautsar.net iaitu dalam Perbahasan
Tentang Usia Sebenar
Khadijah r.a. Semasa Berkahwin Dengan Rasulullah s.a.w. (Adaptasi dari
terjemahan Bahasa Inggeris kertas kerja hasil kajian oleh Maulana Habibur
Rahman Siddiqui Kandhalawi). Beberapa pindaan dari teks asal dibuat untuk
tujuan menjelaskan fakta.
Dikatakan bahawa
Ummul Mu’minin Saidatina Khadijah r.a. berumur 40 tahun ketika beliau berkahwin
dengan Rasulullah s.a.w. Ia adalah suatu riwayat yang yang tidak berasas tetapi
telah disebarkan sebegitu rupa dan digarap seolah-olah sebahagian daripada
ugama. Ini adalah percubaan untuk membuktikan bahawa Rasulullah s.a.w. telah
melalui zaman mudanya bersama-sama dengan seorang wanita tua. Dalam usia
lanjut, beliau r.a telah melahirkan empat orang anak perempuan iaitu Zainab,
Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah r.a.; dan tiga orang anak lelaki yang
dinamakan Qasim, Tayyab and Tahir. Menurut sesetengahnya pula, beliau r.a.
telah melahirkan empat orang anak lelaki; ada seorang yang bernama Abdullah,
sedangkan setengah yang lainnya pula menyatakan bahawa yang sebenarnya Abdullah
telah dipanggil sebagai Tayyab dan Tahir.
Saidatina Khadijah
r.a. telah berkahwin sebanyak dua kali sebelum berkahwin dengan Rasulullah
s.a.w. Perkahwinan pertamanya adalah dengan Abu Halah Hind bin Banash bin
Zararah. Daripadanya, beliau telah mendapat seorang anak lelaki dan seorang
anak perempuan. Nama anak lelakinya ialah Hind dan anak perempuannya bernama
Halah. Setelah kematian Abu Halah, Khadijah r.a. berkahwin dengan Atiq bin ‘Aid
Makhzumi. Daripadanya dia mendapat seorang anak perempuan yang juga bernama
Hind. Inilah sebabnya mengapa Saidatina Khadijah r.a. mendapat kunniyah sebagai
Ummu Hind. Anak lelaki Saidatina Khadijah, Hind, telah memeluk Islam.
(Seerat-un-Nabi, Jilid II, m/s 402).
Di sini, timbul satu
persoalan, iaitu Saidatina Khadijah r.a. telah melahirkan empat orang anak
sahaja di usia mudanya, namun semasa usia tuanya beliau telah melahirkan tujuh
atau lapan orang anak, yang mana ia agak bertentangan dengan logik akal.
Sebabnya, menurut Sains Perubatan, seorang wanita menjadi tidak subur untuk
melahirkan anak, biasanya apabila melewati usia 45 tahun. Bagaimana pula boleh
dipercayai bahawa lapan orang anak telah dilahirkan setelah melepasi usia 40
tahun?
Pihak Orientalis dan
musuh-musuh Islam telah memberi perhatian khusus terhadap riwayat ini, kerana
peristiwa ini jelas bertentangan dengan akal. Dengan mendedahkan peristiwa
seperti ini, mereka mengambil kesempatan untuk mencemuh Islam.
Namun begitu, ulama
kita sebaliknya menganggap kejadian ini sebagai ‘satu mukjizat’ Rasulullah
s.a.w. Tambahan lagi mereka menganggap inilah keistimewaan nabi s.a.w. kerana
sanggup mengahwini wanita yang tua sedangkan baginda s.a.w. sendiri muda belia.
Di pihak yang lain
golongan Syiah mendakwa adalah tidak mungkin melahirkan sebegitu ramai anak di
usia tua. Oleh itu, Zainab, Ruqayyah dan Ummu Kalthum tidak diiktiraf sebagai
anak nabi s.a.w. Golongan Syiah mengatakan bahawa umur Khadijah r.a. ialah 40
tahun semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Meskipun mereka amat mahir
bermain dengan angka, mereka telah melakukan kesilapan bodoh bila mendakwa
bahawa Fatimah r.a. dilahirkan lima tahun selepas kenabian. Dalam hal ini,
Khadijah sudah berumur 60 tahun semasa melahirkan Fatimah r.a.. Dengan ini
tidak mungkin Ruqayyah dan Kalthum adalah anak kepada Khadijah kerana mereka
adalah lebih muda dari Fatimah.
Kita akan
membuktikan bahawa empat orang anak perempuan ini adalah dilahirkan oleh
Saidatina Khadijah r.a. dari Rasulullah s.a.w. Tetapi sebelum itu orang Syiah
perlu membuktikan bahawa seorang wanita yang berusia 60 tahun boleh melahirkan
anak. Dan apabila mereka membuktikannya, mereka mesti juga membuktikan bahawa
Fatimah r.a. adalah anak kepada Khadijah r.a.
Sebenarnya terdapat
perbezaan pendapat tentang usia sebenar Khadijah r.a bila berkahwin dengan
Rasulullah s.a.w. Ada yang berkata umurnya 40 tahun. Ada yang berpendapat
usianya 35 tahun. Yang lain pula mengatakan 30 tahun, dan sesetengah pula
mengatakan 27 tahun, manakala ada pula yang menyatakan bahawa usianya 25 tahun.
Ahli-ahli sejarah Syiah sependapat mengatakan umurnya 40 tahun, dan mereka
menolak pendapat lain. Dan mereka riuh rendah menyebarkan pendapat ‘40 tahun’
ini seolah-olah pandangan lain tidak pernah wujud. Ulama kita dan ahli-ahli
sejarah yang terkemudian juga terpengaruh dengan daayah ini dan menyangkakan
bahawa pendapat golongan Syiah inilah yang ‘tepat’.
Hafiz Ibn Kathir
menulis:
“Baihaqi
telah memetik daripada Hakim iaitu apabila Rasulullah mengahwini Khadijah r.a.,
baginda s.a.w. adalah berumur dua puluh lima tahun dan Saidatina Khadijah r.a.
berumur tiga puluh lima tahun, dan ada pendapat lain mengatakan usianya dua
puluh lima tahun.” (al-Bidayah, Jilid II, m/s 295)
Dengan lain
perkataan, Baihaqi dan Hakim menyatakan bahawa Saidatina Khadijah r.a. berusia
tiga puluh lima tahun pada waktu itu. Bersama-sama dengan itu, mereka juga
turut mengatakan bahawa ada pendapat bahawa beliau r.a. berusia dua puluh lima
tahun. Di tempat lain, Hafiz Ibn Kathir mengatakan usia Saidatina Khadijah r.a.
pada masa kewafatannya, sebagaimana berikut: “Usia Saidatina Khadijah mencapai
65 tahun. Satu pendapat mengatakan beliau meninggal pada usia 50 tahun. Dan
pendapat ini (iaitu 50 tahun) adalah yang benar.” (al-Bidayah wan Nihayah,
Jilid II, m/s 294)
Ulama Hadis dan ahli
sejarah bersetuju bahawa Saidatina Khadijah r.a. menjalani hidup sebagai isteri
Rasulullah s.a.w. selama 25 tahun dan beliau r.a. meninggal dunia pada tahun
ke-10 Kerasulan. Hafiz Ibn Kathir berkata; ‘pendapat yang benar adalah usianya
mencecah 50 tahun’ telah membuktikan bahawa usia Saidatina Khadijah pada masa
perkahwinannya ialah 25 tahun. Dan juga, Hafiz Ibn Kathir juga telah membuktikan
bahawa ‘maklumat’ yang diterima pada hari ini (iaitu umur Khadijah r.a. 40
semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w.) adalah salah dan tidak benar sama
sekali..
Meskipun dengan
fakta yang sebegini jelas, kita masih mempercayai (dan terperangkap) dalam berita
yang lebih merupakan khabar angin semata-mata.
Apabila kami
mengkaji ‘Al-Bidayah wan-Nihayah’ yang ditulis oleh Ibn Kathir, barulah kami
menyedari akan kesilapan kami. Semoga Allah yang Maha Kuasa mengampuni kami,
kerana kami adalah mangsa kepada suatu salah faham yang besar. Moga Allah yang
Berkuasa mengurniakan kepada kita semua kefahaman akan Kebenaran.
Zainab ialah anak
perempuan baginda yang pertama dilahirkan ketika baginda berusia tiga puluh
tahun iaitu selepas lima tahun baginda berkahwin dengan Siti Khadijah dan
sempat memeluk Agama Islam dan berhijrah ke Madinah selepas peperangan Badar.
Dan telah berkahwin dengan Abil 'As sepupu sebelah ibunya.
Islam telah
memisahkan di antara Zainab dengan suaminya Abi 'As apabila Zainab memeluk
agama Islam dan Abil 'As kekal dengan agama syiriknya tetapi Rasulullah SAW tak
berupaya pada peringkat awalnya untuk mengasingkan di antara keduanyan
sehinggalah Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah.
Abul 'As B. Ar-Rabi'
suami Zainab telah ikut bersama-sama kaum kafir Quraisy dalam peperangan Badar
dan telah ditawan bersama-sama tawanan perang yang lain dan dibawa ke Madinah
dan apabila ahli-ahli Mekah menghantar utusan untuk menebus tawanan perang
masing-masing maka Zainab pun turut menghantar utusan untuk menebus Abul 'As
suaminya dengan memberi rantai tengkuknya yang telah diberikan oleh bondanya
Siti Khadijah semasa perkahwinan dengan Abi 'As dulu. Apabila Rasulullah SAW
melihat rantai itu lalu baginda rasa kasihan yang amat sangat kepada Zainab
lalu bersabda kepada para sahabatnya. Jika kamu fikir boleh membebaskan tawanan
perang Zainab tanpa bayaran maka hendaklah kamu lakukan. Jawab para sahabat, ya
boleh wahai Rasulullah lalu Abil 'As pun dibebaskan dan diberi balik rantai
tengkuk Zainab kepadanya. Dan seterusnya baginda memberitahu Abil 'As bahawa
pembebasannya itu adalah dengan syarat pihak Abil 'As melepaskan Zainab datang
ke Madinah. Syarat ini diterima oleh Abul 'As dimana beliau sebaik-baik saja
sampai balik ke Mekah terus menyuruh Zainab bersiap untuk pergi bersama-sama
ayahandanya di Madinah dan Zainab pun tidak membuang masa terus bersiap-siap
dengan mengemaskan segala barang-barang keperluannya dan keluarlah ianya dari
rumah suaminya menuju ke Madinah dengan satu kenderaan yang disediakan
kepadanya oleh Kinanah B. Ar-Rabi' iaitu adik beradik suaminya dan ini tidak
dipersetujui oleh orang-orang Quraisy lalu dikejar dari belakang dan dilontar
dengan lembing dan terkena kenderaan Zainab dan terjatuh Zainab yang sedang
hamil ke atas batu pejal sehingga gugur kandungannya.
Walau bagaimana pun
Zainab dapat meneruskan perjalanannya dan mulai dari hari itu kedua-duanya
tinggal berasingan. Abul 'As di Mekah manakala Zainab di Madinah sehinggalah
Abul 'As memeluk Islam dan datang ke Madinah dan dikahwinkan semula oleh
Rasulullah SAW dengan Zainab dalam tahun yang ke tujuh hijrah dan setahun
kemudian Zainab pun meninggal dunia kerana kesan dari penyakit guguran yang
menimpanya semasa terjatuh dari kenderaannya dalam perjalanan ke Madinah
dahulu.
Raqiah dilahirkan
semasa baginda berusia tiga puluh tiga tahun iaitu selepas berkahwin dengan
Khadijah delapan puluh tahun. Pada mulanya Raqiah dikahwinkan dengan Utbah B.
Lahab dan Umi Kalthum berkahwin dengan Utaibah B. Lahab, perkahwinan ini
berlaku sebelum Muhammad diutus menjadi Rasul. Maka manakala turun ayat :
تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ
Surah Al-Lahab ayat
1. Maksudnya : Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan binasalah dia bersama. Ayat
ini turun selepas Nabi Muhammad SAW memberi ingatan dan amaran kepada kaum kerabat
baginda apabila turun ayat
وَأَنذِرْ عَشِيرَتَكَ اْلأَقْرَبِينَ
214. As-Syu'ara'
yang bermaksud dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang
dekat yakni hendaklah kamu terlebih dahulu mengajak dan menyeru kaum kerabatmu
yang dekat memeluk agama Islam. Abu Lahab pun memerintah kedua-dua anaknya
Utbah dan Utaibah seupaya menceraikan kedua-dua anak perempuan Rasulullah
Raqiah dan Umi Kalthum. Lalu mereka terus menceraikan kedua-dua isteri mereka
dan kedua-dua pasangan tersebut sebenarnya belum lagi bersatu. Kemudian Raqiah
telah berkahwin dengan Uthman Ibn 'Affan di Mekah dan berhijrah ke Habsyah dan
pada satu ketika putus berita keduanya dari pengetahun Rasulullah SAW sehingga
diberitahu kepada baginda oleh seorang perempuan yang datang dari Habsyah
bahawa beliau ada melihat kedua-duanya di Habsyah lalu Nabi bersabda "
صحبهما الله أن عثمان أول من هاجر بأهله بعد لوط
Maksudnya : Allah
telah menemani kedua-duanya. Sesungguhnya Uthman ialah orang yang pertama
berhijrah bersama-sama keluarganya selepas Nabi Luth. Raqiah meninggal dunia di
Madinah sewaktu Nabi sedang berperang di Badar.
Umi Kalthum
dilahirkan lebih kurang setahun selepas Raqiah dan apabila Rasulullah SAW turun
dari rumahnya menuju rumah Abu Bakar As-Siddiq untuk menemani baginda ke gua
Thur dan seterusnya berhijrah ke Madinah hanya Umi Kalthum dan Fatimah sahaja
yang ditinggal di rumah dalam keadaan yang cemas dan gelisah tiada ada yang
menjaga keduanya selain Allah. Kemudian tibalah Zaid b. Harithah untuk menemani
Umi Kalthum dan Fatimah berhijrah ke Madinah, dan setelah kakaknya yang sangat
dikasihi Raqiah meninggal dunia beliau berkahwin dengan Uthman b. Affan dalam
tahum yang ke sembilan hijrah.
Keluarga Rasulullah
SAW telah menyambut bayi perempuan (Fatimah) lima tahun sebelum Nabi Muhammad
diutus menjadi Rasul iaitu setelah sepuluh tahun baginda berkahwin dengan Siti
Khadijah dan Fatimah meripakan anak bongsu perempuan, beliau tinggal tetap di
rumah ayahandanya sehinggalah berpindah ke Madinah bersama-sama kakaknya Umi
Kalthum dan dikahwinkan dengan Ali b. Abi Tholib dalam tahun yang ketiga hijrah
selepas peperangan Uhud dan Fatimah menjadi anak kesayangan baginda dan
sekalian keluarganya. Rumah kediaman Fatimah terletak berhampiran dengan rumah
baginda Rasulullah dan apabila baginda Rasulullah hendak musafir, rumah Fatimah
yang akhir dijenguk oleh baginda dan begitu juga sekembalinya baginda dari
musafir rumah Fatimah yang mula-mula dilawatinya selepas sembahyang dua rakaat
di Masjid. Kemudia
baginda mengunjungi rumah-rumah isterinya selepas itu sabda Nabi SAW:
فاطمة بضعة مني
فمن أغضبها أغضبني
Yang bermaksud : Fatimah
adalah sebahagian dariku maka sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyebabkan
kemarahannya maka sesungguhnya ia melakukan perbuatan yang menyebabkan
kemarahanku.
Keadaan kehidupan
Fatimah bersama Ali tidak boleh dianggap sebagai orang yang senang lenang malah
boleh dikatakan hampir kepada kesusahan dan miskin. Ada hadis yang diriwayatkan
dalam Musnad Al-Imam Ahmad dan Bukhari dan Muslim daripada Ali maksudnya :
Bahawa Fatimah pernah mengadu tentang kesusahan buat kerja sendiri dan pernah
ke rumah ayahandanya untuk mendapat khadam tetapi tak berhasil lalu ia
memberitahu Saidatina Aisyah, maka apabila tiba baginda Rasulullah ke rumahnya
Aisyah pun menceritakan tentang kedatangan Fatimah dan tujuannya lalu baginda
pun terus pergi ke rumah Fatimah dan pada ketika itu Fatimah dan suaminya Ali
mula masuk tidur dan apabila terdengar ketibaan ayahandanya Fatimah terus
bangkit lalu baginda berkata tak payahlah duduklah di situ seraya bersabda
"
ألا
أعلمكما خيرا مما سألتماني , قلنا بلى قال كلمات علمنيهن جبريل . إذا أخذتما مضاجعكم
من الليل فكبرا ثلاثا وثلاثين وسبحا ثلاثا وثلاثين واحمدا ثلاثا وثلاثين فهو خير لكما
من خادم.
Yang bermaksud : Tidakkah
kamu setuju aku ajar kepada kamu satu perkara yang lebih baik daripada apa yang
diminta oleh kamu berdua ?
Jawab Fatimah dan
Ali : Ya benar. Sabda Nabi ialah beberapa kalimah yang telah diajarkan kepada
aku oleh Jibril.
Yang bermaksud : “Apabila
kamu mula mengambil tempat tidur di waktu malam hendaklah kamu baca takbir
(Allahu Akbar) tiga puluh kali dan bertasbih (Subhanallah) tiga puluh kali dan
bertahmid (Alhamdulillah) tiga puluh kali maka ianya lebih baik bagi kamu
berdua daripada mendapat seorang khadam. Selepas itu kehidupan mereka boleh
dikatakan bahagia saling bantu membantu di antara satu sama lain serta
dikurniakan Allah anak lelaki dan perempuan iaitu Hasan, Husin, Muhsin, Zainab
dan Umi Kalthu”
Pada permulaannya
sewaktu anak sulungnya lahir mereka namakan Harb maka apabila Rasulullah SAW
tiba baginda minta hendak tengok bayi yang baru lahir dan bertanya kamu beri
nama apa ? Mereka menjawab Harb, sabda Rasulullah SAW (بل هو حسن) yang bermaksud : Bahkan ianya bernama Hasan begitu juga kelahiran
Husin dan Muhsin tetapi Muhsin meninggal dunia semasa kecil lagi. Rasulullah
memang bermanja-manja dan bermain-main dengan mereka. Pernah dilihat
kanak-kanak tersebut memijak-mijak dada baginda dan lagi dilihat pada satu
ketika sewaktu Rasulullah sedang sujud dalam sembahyang Hasan dan Husin naik
atas bahu baginda maka baginda terus sembahyang dengan berhati-hati serta
memanjangkan masa sujud kerana bimbang takut mereka terjatuh, malah pernah juga
berlaku sewaktu baginda di atas mimbar maka tiba-tiba Hasan dan Husin muncul di
hadapan baginda lalu baginda turun dari mimbar mendukung kedua-duanya seraya
berkata :
Surah Al-Taghabun ayat 15. Yang bermaksud : Benar firman Allah yang
Maha Besar sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu menjadi ujian.
Dan apabila saja baginda terdengar cucu-cucunya menangis terus memanggil
Fatimah sambil bertanya apakah yang menyebabkan mereka menangis ? Dan sambung
lagi sabdanya :"Tidakkah kamu tahu bahawa tangisan mereka itu menyakiti
aku".
Fatimah meninggal
dunia di samping Saidina Ali dan anak-anaknya di Madinah selepas enam bulan
daripada wafat ayahandanya Rasulullah SAW.
2.2 Perkahwinan Rasulullah Dengan SAUDAH
BINTI ZAM’AH R.H
Nabi Muhammad s.a.w.
berkahwin dengan Saudah setelah 3 tahun kewafatannya Khadijah.
Saudah adalah
merupakan seorang janda tua. Suami pertamanya ialah al-Sakran bin Amr. Saudah
dan suaminya al-Sakran adalah di antara mereka yang pernah berhijrah ke
Habsyah. Apabila suaminya meninggal dunia setelah pulang dari Habsyah, maka
nabi Muhammad s.a.w. telah mengambilnya menjadi isteri untuk memberi
perlindungan kepadanya dan memberi penilaian yang tinggi kepada suaminya. Acara
perkahwinan dilakukan oleh Salit bin Amr. Riwayat lain menyatakan upacara
dilakukan oleh Abu Hatib bin Amr.
Mas kahwinnya ialah sebanyak
400 dirham. Selain itu, beliau mempunyai sikap yang lucu sehingga baginda tersenyum dengan telatahnya. Contohnya
pada suatu hari, Saudah mengatakan kepada suaminya iaitu semasa beliau sedang
sujud, beliau tidak dapat menahan sakit kerana hidungnya selalu tertekan kuat
di atas lantai yang ketika itu Rasulullah sedang sujud dengan begitu lama. Hal
ini menyebabkan beliau terpaksa menaikkan sedikit hidungnya semasa sujud.
2.3 Perkahwinan Rasulullah Dengan AISHAH
BINTI ABU BAKAR R.A
Seorang perempuan
bernama Kholeah Bint Hakim menyarankan agar Nabi SAW menikahi Aishah, puteri
dari Abu Bakar khalifah islam yang pertama, dengan tujuan agar mendekatkan
hubungan dengan keluarga Abu Bakar. Waktu itu Aishah sudah bertunang dengan
Jober Ibn Al Moteam Ibn Oday, yang pada saat itu adalah seorang bukan muslim. Orang-orang
di Mekah tidaklah keberatan dengan perkahwinan Aishah, walaupun masih muda, tapi
Aisyah sudah cukup dewasa untuk memahami tentang tanggungjawab didalam sebuah
perkahwinan. Nabi Muhammad s.a.w bertunang selama 2 tahun dengan Aishah sebelum
bernikah dengannya. Dan bapa Aishah, Abu Bakar pun kemudian menjadi khalifah
pertama setelah Nabi s.a.w wafat untuk menguruskan hal ehwal umat islam.
2.4 Perkahwinan Rasulullah Dengan HAFSAH
BINTI UMAR R.H
Hafsah adalah puteri
kepada Umar, khalifah islam yang kedua. Pada mulanya, Umar meminta Uthman
mengahwini anaknya, Hafsah. Tapi Uthman menolak kerana isterinya baru meninggal
dunia dan dia belum bersedia untuk berkahwin lagi. Umar pun pergi menemui Abu
Bakar yang juga menolak untuk mengahwini Hafsah. Akhirnya Umar pun mengadu akan
halnya kepada nabi s.a.w bahawa Uthman dan Abu Bakar tidak mahu menikahi
anaknya. Nabi s.a.w pun berkata pada Umar bahawa anaknya akan menikah demikian
juga Uthman akan menikah lagi. Akhirnya, Uthman mengahwini anak Nabi s.a.w
yaitu Umi Kaltsum, dan Hafsah sendiri menikah dengan Nabi s.a.w. Hal ini
membuat Uthman dan Umar gembira.
2.5 Perkahwinan Rasulullah Dengan ZAINAB
BINTI KHUZAIMAH R.H
Suaminya terbunuh
pada peperangan Uhud, meninggalkan dia yang miskin dengan beberapa orang anak. Dia
sudah tua ketika nabi s.a.w mengahwininya. Dia meninggal dunia pada tiga bulan
setelah perkahwinannya dengan nabi s.a.w. iaitu pada tahun 625 masihi.
2.6 Perkahwinan Rasulullah Dengan HINDUN
UMMU SALAMAH AL-MAKHZUMIAH R.A
Bapanya dari
keturunan Arab yang baik dan terkenal. Sebelumnya Hindun telah berkahwin dengan
sepupunya Abdullah B. Al-Asad Al-Makhzumi dan ianya dari kumpulan orang yang
mula-mula memeluk agama Islam di mana beliau juga sepupu sebelah ibu dengan
Rasulullah di samping menjadi saudara susu dengan baginda dan lagi beliau orang
yang mula-mula berhijrah ke Habsyah bersama-sama dengan isterinya Hindun
kemudian mereka balik ke Mekah dan berhijrah ke Madinah setelah banyak halangan
dan dugaan ditempuhi. Abdullah suami Hindun meninggal dunia di Madinah kerana
luka parah dalam peperangan Uhud dan Hindun sangat sayang kepada suaminya. Pada
mulanya Abu Bakar dan Umar telah meminang beliau tetapi beliau menolaknya. Lalu
Nabi masuk meminangnya untuk baginda sendiri dan pada mulanya beliau menolak
pinangan Rasulullah dengan alasan beliau sudah tua dan ramai anak yatim. Maka
Rasulullah menjawab bahawa baginda lebih tua daripadanya dan anak-anak yatim
itu terserahlah kepada Allah dan rasul-Nya. Lalu Hindun pun menyatakan
persetujuannya dan berkahwin dengan Rasulullah SAW.
2.7 Perkahwinan Rasulullah Dengan Zainab
Bt. Jahsy Al-Asadiah R.A
Sebagai menyahut
perintah Allah Rasulullah telah mengahwinkan Zainab Bt. Jahsy dengan Zaid B.
Harithah yang telah dimerdekakan oleh baginda dan dijadikan anak angkatnya.
Kemudian baginda dikahwinkan dengan Zainab selepas diceraikan oleh Zaid kerana
suatu hikmah yang mengatasi segala hikmah lain dalam perkahwinan baginda dengan
isteri-isteri yang lain iaitu menghapuskan kepercayaan karut jahiliah yang
masih berjalan sehingga dewasa itu. Bahawa anak angkat sama seperti anak
sendiri diberi segala hak anak hatta harta pusaka dan sebagainya. Dan
perkahwinan itu berlaku di tahun yang ketiga dan ada yang mengatakan di tahun
yang kelima selepas hijrah.
Apabila Allah
menghendaki menghapuskan kepercayaan dan segala hukum karut jahiliah itu lalu
Allah memerintahkan Rasulnya supaya mengahwinkan Zainab dengan Zaid dan Allah
Taala memang mengetahui bahawa kedua-duanya (Zainab dan Zaid) tidak akan kekal
lama. Rasulullah telah pergi menemui Zainab dan berkata : Sesungguhnya aku
ingin kahwinkan engkau dengan Zaid B. Harithah dan aku telah berkenan Zaid
untukmu. Maka jawab Zainab dengan berkata : Wahai Rasulullah aku tak setuju
Zaid menjadi suami aku. Dan aku ini sepupu engkau dan aku tidak akan
menerimanya. Maka berikutan dari itu turunlah ayat berikut :
Maksudnya : “dan
tidaklah harus bagi orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila
Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah
harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka.
dan sesiapa Yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka Sesungguhnya
ia telah sesat Dengan kesesatan Yang jelas nyata”
Surah Al Ahzab: 36
Setelah itu Zainab
pun menyatakan persetujuan lalu berkahwin dengan Zaid. Semasa mereka berdua
hidup sebagai suami isteri, Zainab selalu mengeluarkan kata-kata kasar kepada
Zaid dan membesar-besarkan dirinya, lalu Zaid pun pergi mengadu kepada
Rasulullah dan meminta kebenaran dari Rasulullah untuk bercerai dengan Zainab
maka jawab Rasulullah “امسك عليك زوجك
واتق الله” yang bermaksudnya : Jangan cerai isterimu itu dan bertakwalah
kepada Allah.
Rasulullah memang
mengetahui satu ketika nanti akan berlaku juga perceraian di antara Zaid dengan
Zainab dan Allah akan mengharapkan baginda berkahwin dengan Zainab sesudah
bercerai nanti sebagai menghapuskan kepercayaan karut jahiliah tentang bekas
isteri anaknya sendiri. Tetapi Rasulullah menyembunyikan perkara itu dan tidak
menerangkan kepada Zaid dan kepada sesiapa pun kerana dibimbang orang akan
bercakap lebih-lebih lagi golongan musyrikin. Bahawa Muhammad berkahwin dengan
isteri anaknya lalu turun Firman Allah :
Maksudnya: dan (ingatlah
Wahai Muhammad) ketika Engkau berkata kepada orang Yang telah dikurniakan oleh
Allah (dengan nikmat Islam) dan Yang Engkau juga telah berbuat baik kepadanya:
"Jangan ceraikan isterimu itu dan bertaqwalah kepada Allah", sambil
Engkau menyembunyikan Dalam hatimu perkara Yang Allah akan menyatakannya; dan
Engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah jualah Yang berhak
Engkau takuti (melanggar perintahNya). kemudian setelah Zaid selesai habis
kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan Engkau
dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang Yang beriman untuk
berkahwin Dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak
angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya).
dan sememangnya perkara Yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku.
Dan dalam firman
Allah زوجنكها yang bermaksud : Kami kahwinkan engkau
dengannya, itu menunjukkan bahawa perkahwinan tersebut adalah dari Allah SWT
sebagaimana yang disebutkan tentang hikmatnya dan bukan dengan kehendak dan
kecenderungan Nabi SAW dan tidak berlangsung akad nikah seperti mana yang telah
berlaku dengan isteri-isteri yang lain kerana perkahwinan Allah kepada Nabi
lebih kuat dan mengatasi segala akad yang lain.
2.8 Perkahwinan Rasulullah Dengan JUWAIRIYAH
BINTI AL-HARITH R.H
Juwairiah adalah
salah seorang dari tawanan perang Bani Al-Mustaliq dan telah dapat kepada salah
seorang Ansar maka Juwairiah hendak menebus dirinya dari tuannya lalu
diletakkan harga yang sangat mahal memandang kepada bapanya orang besar dan
ketua Kaum Bani Al-Mustaliq serta mampu membayarnya. Tetapi Juwairiah bimbang
dan takut dari kesan dan implikasi harga yang keterlaluan itu. Lalu pergi
mengadu kepada Rasulullah dan pada ketika itu baginda berada di rumah Siti
Aisyah dan berkata kepada Rasulullah : “Saya Juwairiah Bt. Al-Harith Abi Dirar
ketua kaumnya dan aku telah ditimpa kemalangan di mana engkau lebih
mengetahuinya. Sesungguhnya aku telah jatuh ke tangan seorang Ansar maka tak
dapat tidak aku mesti menebus diriku. Sebab itu aku datang meminta pertolongan
engkau”. Maka sabda nabi, “adakah engkau berkehendak yang lebih baik dari itu ?”
Berkata Juwairiah “apa dia ?” Sabda Nabi, “aku tebus engkau dan aku berkahwin
dengan engkau”. Tawaran ini diterima oleh Juwairiah. Maka apabila berita
perkahwinan Rasulullah SAW dengan Juwairiah tersebar, golongan Ansar telah
membebas tawanan perang dari Kaum Ban Al-Mustaliq sebagai menghormati besan
Rasulullah. Berikutan dari perkahwinan ini Rasulullah telah membina rumah yang
khusus bagi Juwairiah berdekatan dengan rumah-rumah isterinya yang lain
berhampiran dengan masjid.
2.9 Perkahwinan Rasulullah Dengan SAFIYYAH
BINTI HUYAI R.H
Dalam tahun yang
keenam hijrah Rasulullah SAW telah berkahwin dengan Sofiah dari keturunan Nabi
Allah Harun dan ianya dari golongan Bani Al-Nadhir dan telah ditawan selepas
kematian suaminya dalam peperangan Khaibar.
Para sahabat telah
memberitahu Rasulullah bahawa Sofiah tak sesuai bagi orang lain selain daripada
baginda sendiri. Maka Rasulullah bersetuju dengan pendapat itu serta tidak mahu
membiarkan Sofiah hidup dalam penderitaan dan dengan itu juga dapat membuat
perhubungan silaturahim dengan kaum Bani Israel mudah-mudahan dapat meringankan
sedikit sebanyak permusuhan mereka terhadap Rasulullah.
Imam Ahmad telah
meriwayatkan bahawa baginda telah memberi kepada Sofiah pilihan selepas
dibebaskan dari belenggu kehambaan hendak menjadi isterinya atau balik kepada
kaum keluarganya, maka Sofiah memilih untuk menjadi isteri Rasulullah SAW.
2.10 Perkahwinan Rasulullah Dengan UMMU
HABIBAH BT. ABI SUFIAN AL-UMAWIYAH R.A
Perkahwinan
Rasulullah dengan Ummul Mukminin Habibah Bt Abi Sufian berlangsung dalam tahun
ketujuh hijrah dan namanya yang sebenar ialah Ramlah. Sebelumnya Ramlah menjadi
Isteri kepada Abdullah B. Jahsy dan telah berhijrah buat kali kedua bersama
Ramlah ke Habsyah. Kemudian suaminya Abdullah masuk Kristian dan keluar dari
agama Islam (murtad) dan mati di Habsyah manakala Ummu Habibah tetap tidak
berganjak dari agama Islam. Maka Rasulullah telah menghantar Amru dan Umaiyyah
A-Dhomiri kepada An-Najasyi untuk meminang Sofiah dan berkahwin dengan baginda
secara wakil lalu An-Najasyi mengutus seorang gundik bernama Abrahah untuk
memberitahu Ummu Habibah lamaran baginda itu itu dengan katanya (Abrahah) :
Sesungguhnya Raja
telah bertitah bahawa Rasulullah memberi wakil kepadanya untuk mengahwinkan
engkau dengan baginda maka hendaklah engkau pula memberi wakil kepada sesiapa
dalam urusan perkahwinan engkau ini. Lalu Ummu Habibah bersetuju dan memberi
wakil kepada Khalid B. Said B. Al-As B. Umayyah B. Abd Syams Ibn Abd Manaf dan
seterusnya berlangsunglah perkahwinan baginda dengan Ummu Habibah dengan mas
kahwin sebanyak empat ratus dinar mas di mana An-Najasyi telah membayarnya
kepada Khalid dan setelah selesai akad nikah mereka pun mahu meninggalkan
majlis lalu An-Najasyi bertitah : “Tunggu dan duduk dulu kerana mengikut Sunnah
Nabi-nabi apabila berlangsungnya perkahwinan mesti diadakan jamuan maka mereka
pun dijemput ke satu majlis jamuan sempena dengan perkahwinan tersebut dan
apabila selesai barulah mereka bersurai”.
Ummu Habibah
menyambung cerita, apabila mas kahwin diberi kepadanya lalu ia memberi kepada
Abrahah sebanyak lima puluh dinar tetapi Abrahah menolaknya. Kemudian pada
keesokan hari Abrahah telah memberinya hadiah berupa minyak atar, kayu gaharu
dan barang-barang makanan yang banyak maka aku bawa balik bersama-sama ku menghadap
Rasulullah SAW. Dengan perkahwinan Rasulullah SAW dengan Ummu Habibah itu boleh
meredakan ketegangan baginda dengan musuh ketatnya Abi Sufian di samping tidak
membiarkan Ummu Habibah sebagai seorang janda yang dihina di negeri asing
setelah suaminya masuk Kristian.
2.11 Perkahwinan Rasulullah Dengan MAIMUN
BT. AL-HARITH AL-HILALIAH R.A
Di akhir tahun yang
ketujuh hijrah Rasulullah telah berkahwin dengan Maimun Bt. Al-Harith dan
namanya yang sebenar ialah Barrah tetapi dipanggil Maimunah. Saidatina Aisyah
menyatakan bahawa Maimunah adalah yang paling takwa kepada Allah dari kalangan
kami dan dialah yang menjadi orang perantaraan dalam hubungan silaturahim di
antara kami sekalian dan orang yang pertama mendorong kepada perkahwinan ini
ialah bapa saudara baginda Al-Abbas dan jika tidak ada apa-apa kebaikan dan
masaalah sudah tentu bapa saudara baginda Al-Abbas tidak mengambil berat dan
tidak mengesyorkan kepada baginda untuk berkahwin dengan Maimunah.
Kesimpulannya : Bahawa baginda Rasulullah SAW mementing dan mengambil kira
kemuslihatan dalam memilih setiap isterinya baik dari segi perundangan. Timbang
rasa dan jaminan bagi janda-janda yang suami mereka gugur syahid dalam
peperangan dan anak-anak yatim.
Berapa banyak
pembesar-pembesar kabilah tertarik kepada Rasulullah melalui perkahwinan di
samping memberi pengajaran kepada pengikut-pengikutnya bagaimana cara menghormati
perempuan serta berlaku adil terhadap mereka dan menetapkan hukum kekeluargaan
dan sebagainya.
Jika sekiranya
baginda hendak bersuka ria dan berseronok dengan cara berpoligami sudah tentu
baginda akan memilih anak-anak dara yang cantik-cantik dan tidak mengambil
perempuan-perempuan janda yang mempunyai anak dan sebagainya.
Berpoligami pada
masa itu merupakan satu perkara yang tak dapat dielakkan malah ianya termasuk
dalam perkara darurat disebabkan banyak lelaki gugur di medan perang dan
perempuan-perempuan yang ditinggalkannya perlu mendapat perhatian dan jaminan
hidup kerana sebilangan besar daripada keluarganya adalah dari golongan
musyrikin. Perkahwinan seperti ini adalah semata-mata untuk kebaikan dan
kepentingan perempuan dan bukan untuk lelaki.
2.12
Perkahwinan Rasulullah Dengan MARIAH BINTI SYAM’UN R.H
Dia mulanya adalah
orang yang membantu menangani permasalahan dirumah Rasullullah s.a.w yang
dihantar oleh Raja Mesir. Dia sempat melahirkan seorang anak yang diberi nama
Ibrahim. Ibrahim akhirnya meninggal pada umur 18 bulan. Tiga tahun setelah
menikah, Nabi s.a.w wafat, dan Maria akhirnya meninggal 5 tahun kemudian, tahun
16 hijrah. Waktu itu, Umar bin Khatab yang menjadi Imam solat Jenazahnya, dan
kemudian dimakamkan di perkuburan Al-Baqi.
6.0 HIKMAH
LARANGAN MENGAHWINI ISTERI RASULULLAH SELEPASNYA
Pertama ialah kerana
Rasulullah mengahwini wanita yang sudah tua, muda belia dan pertengahan. Dalam
setiap perkembangan umur, wanita mempunyai masalah sendiri. Kehidupan baginda
baginda secara praktis harus mempunyai reaksi langsung dan sesuai dengan setiap
perkembangan. Semua ini demikian di imbaskan kepada umat islam, sehingga
menunjang kepentingan kerasulan yang telah yang telah dijadikan Allah sebagai
penerangan segala sesuatu yang ada dalam kehidupan manusia.
Kedua ialah, dalam islam,
wanita juga mempunyai beban kewajiban seperti halnya lelaki. Tetapi ia
mempunyai pengkhususan yang berbeza dengan kaum lelaki. Beberapa panduan wanita
yang menjadi isteri bagibda membantu pengimbasan sesuatu yang ada kaitannya
dengan wanita kepada umat islam.
Ketiga ialah perkahwinan
rasulullah dilakukan dengan para wanita yang suci. Diantara mereka ada yang
berasal dari kalangan quraisy dan selain itu ada yang berasal dari kalangan
yahudi. Orang tua mereka pula ada dari kalangan muhajirin dan ada daripada
kalangan kafirin waktu baginda menikahinya.
Keempat, adanya
hubungan antara Rasulullah dengan beberapa wanita yang menjadi isteri baginda
dari beberapa masyarakat, telah menjadikan hubungan antara wanita-wanita
muslimah semakin luas. Sehinnga penyampaian hukum kepada mereka menjadi mudah.
Masing-masing dia antara mereka dapat menghubungi ummahatul mukminin yang
mempunyai hubungan persaudaraan atau yang sebaya umurnya. Tanpa itu semua tidak
mungkin satu wanita sahaja dapat menerangkan segala permasaalahan mengenai
wanita. Tanpa itu semua tidak mungkin kita akan dapat melihat beribu hadis yang
diriwayatkan oleh Rasulullah dan isteri-isterinya, yang membicarakannya tentang
beribu-ribu masalah yang begitu rumit dan sukar di ketahui.