5.0 CIRI-CIRI RUMAH TANGGA RASULULLAH
Kesederhanaan merupakan aspek pertama yang diketengahkan dalam rumah tangga baginda, aspek ini di ketengahkan kerana baginda bersederhana dari segi tempat tinggal, nafkah, pakaian, rumah, kunjungan dan pembahagian waktu. Diantara isteri-isteri baginda ada yang cantik, tua atau muda dan kecantikan yang sederhana. Tetapi baginda tidak pernah melakukan sesuatu yang dapat menguris hati mereka. Bahkan ketika sakit pun baginda tidak mahu menetap di rumah seorang sahaja, kecuali setelah yang lain-lain mengizinkan. Apabila rasulullah mengadakan suatu perjalanan rasulullah akan mengadakan undi dan nama siapa yang terkeluar maka dialah yang berhak menemani rasulullah. Dari Anas r.a “termasuk sunat apabila mengahwini gadis atas janda untuk menetap di rumahnya selama tujuh hari, sesudah itu baru di bahagi. Apabila mengahwini janda, menetaplah di rimahnya selama tiga hari, sesuatu itu di bahagi”.
Aspek yang kedua ialah persamaan hak dimana sudah menjadi sunnah dalam islam bahawa wanita sama dengan lelaki dalam nilai kemanusiaan. Hanya suami sahaja yang menjadi pemimpin bagi isterinya. Firman Allah :
“Dan para wanita mempunyai wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang makruf. Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. (Al-Baqarah : 228)
Perkara ini tidak ada dalam kehidupan barat sebelum kedatangan islam. Contohnya persamaan hak dalam kehidupan dimana Rasulullah telah mengajak isteri-isterinya bermusyawarah.
Pada hari setelah dikukuhkan perjanjian hudaibiyah Baginda memerintahkan orang-orang islam untuk menyembelih korban dan memotong rambut setelah diadakan pendamaian dengan pihak Quraisy, Tetapi orang-orang islam tidak berpuas hati dengan perjanjian yang telah disepakati oleh Baginda .mereka berusaha menahan marah. Baginda telah menemui isteri baginda Ummu Salamah. Setelah itu Ummu Salamah menyuruh Rasulullah untuk keluar tapi jangan berbicara dengan sesiapa pun diantara kaum muslimin, Sampai engkau menyembelih korban dan mendoakan orang yang menguntingkan rambutmu. “ Bagindalah orang yang paling banyak tersenyum kepada kepada isteri-isterinya.” (hadis riwayat Ibnu Asakir dari Anas).
Yang ketiga ialah perlakuan yang baik terhadap isteri, dimana jarang sekali isteri baginda menimbulkan perasaan cemburu sebagai layaknya seorang wanita. Namun ketika rasa cemburu ini mulai menampakkan ketidakwajaran, maka baginda segera meluruskannya dengan didikan yang baik. Aisyah r.a berkata “ diperbuat Shafiyyah ketika ia sedang berada di rumahku, ia membuat makanan untuk rasulullah. Tiba-tiba badan ku bergetar, sehingga menggigil kerana di bakar rasa cemburu. Mangkuk Shafiyah ku pecahkan, tetapi kemudian ku berasa menyesal lalu ku katakana kepada Rasulullah. Baginda menjawab “ mangkuk sama dengan mangkuk, makanan sama dengan makanan.’ (riwayat Abu Dawud dan Nasa’i).
Aishah pernah berkata kepada Rasulullah “buat apa engkau mengingati perempuan tua dan hujung mulutnya sudah merah, padahal Allah sudah mengantikannya yang lebih baik bagimu?”.
“Demi Allah, dia tidak pernah menggantikan yang lebih baik dari Khadijah. Ia beriman kepadaku disaat semua orang mendustakan aku. Dia menghulurkan hartanya di saat semua orang menahannya (harta mereka). Dia memberikan aku anak selagi yang lain tidak memberikannya” jawab Rasulullah.
Aspek yang keempat ialah tugas kenabian dan rumah tangga. Aspek kehidupan baginda yang paling asas dalam kaitannya dengan masaalah keluarga adalah akhlak kenabian. Sehingga para isteri Baginda tidak mampu menyentuh hal ini sedikit pun.
Peristiwa penting dalam masaalah ini apabila kebingungan para isteri baginda yang meminta tambahan nafkah dan penghidupan. Padahal sudah menjadi sunnah baginda untuk menghindari keduniaan dan mengharap kepentingan akhirat. Hasilnya mereka di beri pilihan tetep menjadi isteri baginda, rela dengan kehidupan yang ada untuk menuju akhirat atau cerai. Baginda di linkungan keluarganya.
(Al- Ahzab 28-29)
“ Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: “jika kamu sekalin ingin kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan mut’ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu seklain mengkehendaki (keredhaan) Allah dan Rasulnya serta kesenangan di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat baik di antaramu pahala yang besar.”
“Apakah engkau mengira aku masih akan meminta saranan kepada kedua orang tua ku? Aku memilih Allah dan Rasulnya. Aku juga memohon, janganlah engkau memberitahu pilihan ku ini kepada salah seorang di anatara isterimu” Jawab Aisyah.
No comments:
Post a Comment