mouse

Blogger Templates

Sunday, April 14, 2013

CiRi-CiRi RuMah TanGGA RASULULLAH


5.0 CIRI-CIRI RUMAH TANGGA RASULULLAH
Kesederhanaan merupakan aspek pertama yang diketengahkan dalam rumah tangga baginda, aspek ini di ketengahkan kerana baginda bersederhana dari segi tempat tinggal, nafkah, pakaian, rumah, kunjungan dan pembahagian waktu. Diantara isteri-isteri baginda ada yang cantik, tua atau muda dan kecantikan yang sederhana. Tetapi baginda tidak pernah melakukan sesuatu yang dapat menguris hati mereka. Bahkan ketika sakit pun baginda tidak mahu menetap di rumah seorang sahaja, kecuali setelah yang lain-lain mengizinkan. Apabila rasulullah mengadakan suatu perjalanan rasulullah akan mengadakan undi dan nama siapa yang terkeluar maka dialah yang berhak menemani rasulullah. Dari Anas r.a “termasuk sunat apabila mengahwini gadis atas janda untuk menetap di rumahnya selama tujuh hari, sesudah itu baru di bahagi. Apabila mengahwini janda, menetaplah di rimahnya selama tiga hari, sesuatu itu di bahagi”.
Aspek yang kedua ialah persamaan hak dimana sudah menjadi sunnah dalam islam bahawa wanita sama dengan lelaki dalam nilai kemanusiaan. Hanya suami sahaja yang menjadi pemimpin bagi isterinya. Firman Allah :

Dan para wanita mempunyai wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang makruf. Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. (Al-Baqarah : 228)
Perkara ini tidak ada dalam kehidupan barat sebelum kedatangan islam. Contohnya persamaan hak dalam kehidupan dimana Rasulullah telah mengajak isteri-isterinya bermusyawarah.
Pada hari setelah dikukuhkan perjanjian hudaibiyah Baginda memerintahkan orang-orang islam untuk menyembelih korban dan memotong rambut setelah diadakan pendamaian dengan pihak Quraisy, Tetapi orang-orang islam tidak berpuas hati dengan perjanjian yang telah disepakati oleh Baginda .mereka berusaha menahan marah. Baginda telah menemui isteri baginda Ummu Salamah. Setelah itu Ummu Salamah menyuruh Rasulullah untuk keluar tapi jangan berbicara dengan sesiapa pun diantara kaum muslimin, Sampai engkau menyembelih korban dan mendoakan orang yang menguntingkan rambutmu. “ Bagindalah orang yang paling banyak tersenyum kepada kepada isteri-isterinya.” (hadis riwayat Ibnu Asakir dari Anas).
Yang ketiga ialah perlakuan yang baik terhadap isteri, dimana jarang sekali isteri baginda menimbulkan perasaan cemburu sebagai layaknya seorang wanita. Namun ketika rasa cemburu ini mulai menampakkan ketidakwajaran, maka baginda segera meluruskannya dengan didikan yang baik. Aisyah r.a berkata “ diperbuat Shafiyyah ketika ia sedang berada di rumahku, ia membuat makanan untuk rasulullah. Tiba-tiba badan ku bergetar, sehingga menggigil kerana di bakar rasa cemburu. Mangkuk Shafiyah ku pecahkan, tetapi kemudian ku berasa menyesal lalu ku katakana kepada Rasulullah. Baginda menjawab “ mangkuk sama dengan mangkuk, makanan sama dengan makanan.’ (riwayat Abu Dawud dan Nasa’i).
Aishah pernah berkata kepada Rasulullah “buat apa engkau mengingati perempuan tua dan hujung mulutnya sudah merah, padahal Allah sudah mengantikannya yang lebih baik bagimu?”.
“Demi Allah, dia tidak pernah menggantikan yang lebih baik dari Khadijah. Ia beriman kepadaku disaat semua orang mendustakan aku. Dia menghulurkan hartanya di saat semua orang menahannya (harta mereka). Dia memberikan aku anak selagi yang lain tidak memberikannya” jawab Rasulullah.
Aspek yang keempat ialah tugas kenabian dan rumah tangga. Aspek kehidupan baginda yang paling asas dalam kaitannya dengan masaalah keluarga adalah akhlak kenabian. Sehingga para isteri Baginda tidak mampu menyentuh hal ini sedikit pun.
Peristiwa penting dalam masaalah ini apabila kebingungan para isteri baginda yang meminta tambahan nafkah dan penghidupan. Padahal sudah menjadi sunnah baginda untuk menghindari keduniaan dan mengharap kepentingan akhirat. Hasilnya mereka di beri pilihan tetep menjadi isteri baginda, rela dengan kehidupan yang ada untuk menuju akhirat atau cerai. Baginda di linkungan keluarganya.

(Al- Ahzab 28-29)
“ Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: “jika kamu sekalin ingin kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan mut’ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu seklain mengkehendaki (keredhaan) Allah dan Rasulnya serta kesenangan di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat baik di antaramu pahala yang besar.”
“Apakah engkau mengira aku masih akan meminta saranan kepada kedua orang tua ku? Aku memilih Allah dan Rasulnya. Aku juga memohon, janganlah engkau memberitahu pilihan ku ini kepada salah seorang di anatara isterimu” Jawab Aisyah.

Saturday, April 13, 2013

AnTAra SeBaB-SeBAb NAbi KAhWiN LebIh DaRI 1


3.0  Sebab- Sebab Nabi Berkahwin Lebih Dari Satu
Kenapa Nabi Muhammad SAW boleh beristeri lebih daripada empat sedangkan Islam hanya mengehadkan poligami kepada 4 orang isteri sahaja pada satu masa? Mungkin jawapan yang paling mudah ialah kerana ianya khusus untuk Baginda Rasulullah s.a.w sahaja sebagai pesuruh Allah s.w.t. Namun begitu, ada perspektif berbeza dalam memberi penjelasan mengenai perkara ini.
Perbuatan Nabi berkahwin lebih daripada empat sebenarnya bukanlah menghalalkan apa yang diharamkan kepada sekalian umat manusia lain. Tetapi sebenarnya, ketika itu syariat masih belum menghadkan perkahwinan kepada empat orang isteri dalam satu masa. Pada masa itu, sudah menjadi amalan penduduk Arab berkahwin ramai lebih daripada empat, mengikut kepentingan dan hawa nafsu tanpa ada garis panduan tentang kebajikan isteri dan keluarga. Sehinggalah Allah mensyariatkan supaya dibenarkan seorang lelaki berkahwin hanya empat wanita saja dalam satu masa demi menjaga kebajikan para isteri.
Setelah turun ayat Al-Quran yang menghadkan bilangan isteri kepada empat orang pada akhir tahun ke-8 hijrah, hanya 3 tahun sebelum kewafatan Nabi S.A.W. para sahabat diminta memilih isteri yang mereka mahu kekal bersamanya sekadar empat dan menceraikan selebihnya. Oleh kerana syara' juga mengharamkan para sahabat untuk berkahwin dengan bekas isteri Rasulullah kerana mereka dianggap Ummahaatul Mukminin (ibu sekalian orang beriman), maka Nabi tidak menceraikan mereka supaya tidak menzalimi mereka dan tidak berkahwin lain selepas itu.
Jadi, Nabi diizinkan beristeri lebih daripada empat bukan kerana nafsu semata-mata pengkhususannya sebagai seorang Nabi Allah. Tetapi kerana perkahwinan telah berlaku dan perbuatan menceraikan isteri-isteri Nabi boleh menzalimi para Ummahaatul Mukminin kerana akan meninggalkan mereka hidup tanpa suami selepas Nabi.
Golongan barat juga pernah menuduh Nabi S.A.W. sebagai 'pedophile' kerana berkahwin dengan Aishah ketika berumur 9 tahun. Sedangkan sebenarnya amalan tersebut bukan khusus untuk Nabi S.A.W. Malahan amalan masyarakat Arab zaman itu. Jika dilihat kepada isteri Nabi yang lain semasa mengahwini Nabi, mereka sudah bergelar janda semasa berumur 17, 21 atau 25 tahun. Bermakna mereka sudah berkahwin lebih muda daripada itu. Malah ada yang pernah berkahwin sebelum itu lebih daripada sekali.
Sehingga sekarang, di tanah Arab masih ada amalan mengahwinkan anak seawal 13, 14 tahun. Kita tidak berhak menghukum tindakan mereka salah kerana itu sudah amalan mereka. Begitu juga dengan amalan masyarakat kita yang sudah menjadi kebiasaan anak-anak dara masih belum berkahwin sedangkan umur sudah mencecah 30 tahun. Sehingga timbulnya gelaran andartu. Mungkin amalan kita pula yang menjadi satu kepelikan bagi mereka.
Terdapat banyak hikmah yang dapat dikaji daripada keizinan ini kepada Nabi Muhammad s.a.w. Nabi tidak pernah bertindak mengikut hawa nafsunya kerana baginda maksum, ditarbiyah dan di pelihara oleh Allah Ta’ala. Semua perbuatan baginda adalah terpuji. Nabi tidak pernah marah dan membalas dendam untuk mengambil hak-haknya, akan tetapi marahnya baginda adalah jika hak-hak Allah dicerobohi, marah Nabi adalah jika hak-hak agama ditentang dan dipermainkan. Mari kita lihat beberapa hikmah kepada pernikahan Nabi yang semuanya berjumlah 9 orang dalam satu masa.

4.0 HIKMAH MENDIDIK DAN MENTARBIYAH;
Ini dapat dilihat dengan jelas apabila isteri-isteri nabi yang merupakan ibu-ibu kepada seluruh umat islam menjadi ilmuan yang terkenal dan dihormati oleh para sahabat. Lebih khusus lagi mereka inilah yang mengajarkan kita ilmu-ilmu rumahtangga dan apa-apa permasalahan hukum hakam berkaitan dengan wanita. Kita mengetahui petunjuk-petunjuk Nabi tatkala Nabi bermuamalah bersama isteri-isterinya melalui Ummahatil Mukminin. Bagaimana cara-cara yang diajarkan baginda dalam masalah perhubungan suami isteri, dalam permasalahan haid dan nifas, dalam permasalahan tandas dan sebagainya. Ummul mukminin Aisyah binti Abu Bakar adalah isteri Nabi yang paling berilmu. Paling dihormati dari sudut keilmuaannya oleh para sahabat yang telah banyak meriwayatkan hadis-hadis Nabi. Justeru inilah kesan yang dapat dilihat hasil daripada pernikahan baginda yang sebenarnya bertujuan tarbiyah dan mendidik serta melahirkan seorang wanita mukminah yang memahami dan beramal dengan tuntutan agama. Sebagai contoh hadis dalam sohih bukhari dan muslim yang diceritakan oleh Ummu Salamah Radiyallahu anha berkata; “Telah datang seorang perempuan kepada Nabi lalu berkata; “Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak malu daripada perkara-perkara yang hak, adakah seorang wanita wajib mandi jika dia bermimpi?” Nabi menjawap kepadanya; (Ya, jika dia melihat air).
4.1 Hikmah Pensyariatan
Banyak hikmah dan manfaat yang dapat diambil daripada pernikahan Nabi yang ramai itu. Ianya melibatkan pensyariatan kepada agama ini dan menjelaskan kepada beberapa hukum islam itu sendiri. Islam membatalkan beberapa hukum-hukum jahiliyyah yang tersohor ketika itu. Sebagai contoh permasalahan berkaitan dengan anak angkat. Arab jahiliyyah mengaggap bahawa anak angkat menjadi pewaris dan mewariskan, haram dinikahi dan sebagainya yang mengambil hukum seorang anak kandung. Nabi juga pernah mengambil anak angkat bernama Zaid bin Harithah yang akhirnya menceraikan isterinya bernama Zainab binti Jahsyin disebabkan beberapa pertelingkahan rumahtangga diantara mereka.
Nabi meminati Zainab binti Jahsyin setelah diceraikan. Lalu Allah memerintahkan agar dinikahi oleh Nabi. Tetapi kerana Nabi risau kepada percakapan orang-orang munafik dan fitnah yang bakal ditimbulkan maka nabi melengah-lengahkannya. Pasti mereka akan mengatakan “Muhammad telah menikahi isteri kepada anaknya (Zaid)”. Akhirnya turun ayat yang menyangkal tindakan Nabi itu. Allah berfirman dalam al-Ahzab ayat 37 yang maksudnya:
“dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Engkau berkata kepada orang Yang telah dikurniakan oleh Allah (dengan nikmat Islam) dan Yang Engkau juga telah berbuat baik kepadanya: "Jangan ceraikan isterimu itu dan bertaqwalah kepada Allah", sambil Engkau menyembunyikan Dalam hatimu perkara Yang Allah akan menyatakannya; dan Engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah jualah Yang berhak Engkau takuti (melanggar perintahNya). kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan Engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang Yang beriman untuk berkahwin Dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya). dan sememangnya perkara Yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku.”
Lihatlah hikmah daripada pernikahan ini yang ianya datangnya daripada arahan Allah. Sebab itulah Zainab bt Jahsyin berbangga dengan pernikahan ini dan ianya menjadi satu-satunya aset termahal beliau kerana dinikahkan oleh Allah daripada atas langit. Dalam sohih Bukhari dinyatakan bahawa Zainab berbangga ke atas isteri-isteri Nabi yang lain dan berkata; “Kamu semua dikahwinkan oleh ahli keluarga masing-masing, sedangkan aku dikahwinkan oleh Allah daripada atas langit yang tujuh”. Dengan pernikahan Nabi ini, maka terbatallah beberapa hukum jahiliyyah dan persepsi buruk mereka kerana Nabi telah menikahi bekas isteri kepada anak angkatnya. Maha suci Allah yang tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia.
4.2 Hikmah Sosial dan Kemasyarakatan;
Ini dapat dilihat daripada perkahwinan Nabi dengan Aisyah yang merupakan anak kepada Abu Bakar as-Siddiq. Insan yang paling banyak menyumbang kepada agama Allah. Yang paling banyak membantu baginda dari semua aspek sehingga tidak mampu dibalas oleh Nabi. Kemudian pernikahan Nabi dengan Hafsah binti Umar al-Khattab. Pernikahan ini amatlah menggembirakan Abu Bakar dan Umar yang masing-masing menawarkannya kepada baginda. Dengan pernikahan ini juga menjadikan hubungan kekeluargaan semakin erat dikalangan kabilah Quraish yang terkenal. Ini secara langsung menjadikan hati orang-orang kafir Mekah semakin hampir terhadap dakwah Nabi. Demikianlah pernikahan Nabi dengan anak perempuan Abu Sufian yang mana Abu Sufian ketika itu masih kafir. Apabila sampai khabar berita itu kepada Abu Sufian, beliau tidak membantah sekalipun, bahkan memujinya sedangkan beliau ketika itu amat memusuhi Nabi. Ini kerana mereka mengetahui bahawa nabi Muhammad adalah insan yang mulia, bertanggungjawab bahkan sangat jujur (al-amin) seperti diakui sendiri oleh kafir Quraish sebelum perutusan Nabi.
Perkahwinan ini menjadi kebanggaan kepada bapa-bapa mertua Nabi. Menjadi kemulian kepada mereka dan secara langsung menguatkan hubungan mereka secara nasab dan perbesanan. Justeru hikmahnya dapat diketahui melalui hikmah social dan amatlah salah jika perkahwinan ini hanya dikaitkan dengan nafsu semata-mata. Amatlah salah sama sekali, biadap bahkan menjadi kafir jika Nabi dipersendakan dengan sebab perkahwinan baginda yang ramai ini. Semua yang dilakukan oleh Nabi ini telah mendapat keredhaan Allah, maka siapakah kita untuk mempertikaikan? Bahkan para Anbiya’ sebelum baginda dikalangan Bani Israel lebih banyak bilangan isteri mereka berpuluh kali ganda berbanding Nabi Muhammad. Umpamanya Nabi Sulaiman, mengapakah tidak timbul prejudis terhadap beliau menurut pandangan orientalis? Jelaslah bahawa kedengkian mereka terhadap islam dan Nabi menjadikan mereka mencari-cari kelemahan tertentu yang kononnya boleh menjadi umpan bagi memesongkan akidah umat islam.
4.3 Hikmah Politik
Perkahwinan seringkali menjadi penyumbang kepada perubahan banyak pihak. Sekurang-kurangnya ianya memberi kesan samada positif mahupun negatif kepada hidup seseorang. Sebab itu islam melarang wanita mengahwini golongan kafir dan membenarkan muslimin mengahwini kafir ahli kitab. Ikatan individu terhadap sesuatu kaum melalui pernikahan menjadi kuat, permusuhan menjadi kurang, dan hati semakin terbuka untuk menerima sesuatu pandangan. Demikian diterimanya dakwah Nabi oleh kaum arab jahiliyyah yang sangat kasar tabiatnya. Lihatlah bagaimana kehebatan siasah atau politik Nabi dalam menjalankan tugas dakwahnya.
Mari kita lihat beberapa contoh perkahwinan Nabi yang melibatkan hikmah politik. Sebagai contoh, perkahwinan Nabi dengan Juwairiyah binti al-Harith. Bapa Juwairiyah adalah ketua kaum bani al-Mustoliq. Juwairiyah ini telah ditawan bersama ahli keluarganya setelah tewas dalam peperangan. Maka beliau datang kepada Nabi meminta supaya dibebaskan daripada menjadi tawanan kaum muslimin dengan meminta bantuan kewangan daripada Nabi. Nabi telah menawarkan kepada Juwairiyah untuk membayar pampasan baginya dan mahu menikahi dirinya. Juwairiyah telah menerima lamaran tersebut dan bersetuju menjadi isteri baginda. Tatkala para muslimin mengetahuinya mereka berkata; “Besan kepada Nabi dibawah tawanan kita?”. Maka mereka membebaskan semua tawanan yang punya hubungan persaudaraan dengan Juwairiyah yang jumlah mereka 100 keluarga. Akhirnya mereka semua memeluk islam setelah melihat penghormatan muslimin terhadap keluarga tersebut. Rujuk kisah ini dalam sunan Abi Daud no 3429 “Bab Fi Bai’e Makatib…”. Lihatlah ketinggian politik Nabi yang akhirnya menjadi sebab kepada keislaman mereka!
Demikianlah juga hal pernikahan Nabi dengan Sofiah binti Huyai yang merupakan anak kepada seorang pembesar Yahudi Khaibar (Huyai bin Akhtob). Hal yang sama juga berlaku dalam kes pernikahan Nabi dengan anak Abu Sufian bernama Ramlah yang kematian suaminya. Ramlah telah memeluk islam ketika di Mekah dan berhijrah ke Habsyah. Disanalah suaminya meninggal dunia yang menyebabkan Ramlah binti Abu Sufian keseorangan dibumi asing. Apabila Nabi mendapat khabar, lalu baginda menghantar surat kepada Najasyi untuk menikahinya. Betapa gembiranya Ramlah apabila dimaklumkan hal itu oleh Najasyi, kerana Ramlah mengetahui bahawa pasti dia dipaksakan kepada kafir jika kembali ke Mekah dan tinggal bersama keluarganya.
Pernikahan ini menjadi sebab kepada kurangnya seksaan terhadap umat islam di Mekah. Ianya juga telah melunakkan hati golongan kafir Bani Umayyah kepada islam disebabkan ikatan perkahwinan ini. Demikianlah diantara hikmah-hikmah pernikahan baginda melebihi 4 orang dalam satu-satu masa. Ianya didasari niat dakwah. Ianya adalah dengan keizinan Allah dan ianya adalah kemulian kepada Nabi yang Allah mengharamkan orang islam menikahi isteri-isteri Nabi setelah kewafatan baginda pada tahun 10 Hijrah.
Diantara maklumat terpenting yang wajar diketahui ialah, semua isteri-isteri Nabi adalah janda kecuali Aisyah binti Abu Bakar sahaja. Ini menjadi bukti jelas bahawa perkahwinan Nabi adalah didasari oleh iman, sifat rahmah, memelihara akidah, tarbiyah, siasah, dan lain-lain lagi maslahat umum melibatkan umatnya.

APa KiTa TaHu TEnTanG KAhWin???




1.0 DEFINISI PERKAHWINAN
       Perkahwinan ialah satu akad yang menghalalkan hubungan di antara lelaki dengan perempuan untuk hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggung jawab masing-masing. Dalam erti yang lain ialah, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengan sebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya.
Allah berfirman dalam surah An-Nisaa’ ayat 3, ertinya : “Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil (bila menikah) anak-anak yatim, maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat.Tetapi, jika kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka seorang sajalah, atau hamba sahaya yang kamu miliki.Yang demikian itulah yang lebih memungkinkan kamu terhindar dari berlaku sewenang-wenangnya.”
        Dari ayat tersebut di atas, dapat diambil penjelasan bahawa seorang lelaki disuruh oleh Allah Taala untuk berkahwin jika berkemampuan, sehingga kepada empat orang isteri dengan cara berlaku adil terhadap mereka sepertimana yang ditentukan oleh syarak. Sebaliknya jika berasa bimbang tidak dapat berlaku adil terhadap mereka maka berkahwinlah dengan seorang sahaja. Allah berfirman, ertinya :
“Wahai manusia ! Bertaqwalah kamu kepada Tuhanmu, yang telah menjadikan kamu dari satu diri, dan daripadanya dijadikanNya serta dari keduanya Dia memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Bertaqwalah kepada Allah yang kamu telah bertanya tentang namaNya yang peliharalah keluargamu. Sesungguhnya Allah Pengawas atas kamu.”
         Di antara hadis Rasulullah SAW yang menerangkan mengenai perkahwinan adalah sebagaimana berikut – ertinya :
 “Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu:  Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”
Hadis di atas telah menjelaskan bahawa Rasulullah SAW telah memerintahkan umatnya yang mempunyai kemampuan dan keupayaan yang mencukupi supaya berkahwin, kerana perkahwinan merupakan tuntutan syariat dan sunnah Nabi SAW selain dapat memlihara seseorang.  Antara faedah yang ketara di sini ialah  seseorang itu dapat  menjauhkan diri dari perkara negatif atau perbuatan keji yang dilarang oleh Allah Taala seperti berbuat zina dan sebagainya.  Sekiranya seseorang itu tidak mampu berkahwin hendaklah dia berpuasa itu dapat mengekang nafsu syahwat.
Islam telah mengadakan beberapa peraturan hukum perkahwinan dan garis panduan yang sempurna sebagai panduan agar manusia tidak akan tergelincir ke dalam kerosakan dan kehancuran kerana sudah menjadi fardhu ain terhadap orang Islam dan mengaku dirinya Islam wajib mempelajari hukum-hukum Allah termasuk hukum nikah cerai dan rujuk. Perkahwinan hendaklah diasaskan kepada beberapa faktor penting untuk menjamin kebahagiaan antaranya ialah :
  1. Perkahwinan diasaskan dengan rasa taqwa kepada Allah.  Tanpa taqwa, dikhuatiri perkahwinan itu tidak akan mencapai kepada matlamatnya, tambahan pula berkahwin itu juga merupakan ibadat dan sunnah.
  2. Perkahwinan hendaklah juga diasaskan kepada rasa Al Mawaddah dan Ar Rahman.  Tanpa dua perkara ini perkahwinan akan hancur dan tinggallah cita-cita sahaja.
  3. Sesebuah rumahtangga juga perlu diasaskan kepada dasar hidup bersama secara yang baik dan diredhai Allah SWT.  Maka itulah yang biasa disebut Al Mu’assarah Bi Al Maaruf.
  4. Perkahwinan juga berasaskan kepada amanah dan tanggungjawab bukannya kehendak nafsu semata-mata.  Suatu amanah hendaklah ditunaikan dengan sebaik-baiknya, sementara tanggungjawab dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas hati.

HIKMAH PERKAHWINAN

        Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai faedah dan hikmahnya yang tersendiri.Faedah dan hikmah tersebut boleh dilihat dan difikir oleh akal manusia, hanya Allah Taala sahaja yang mengetahuinya. Begitulah juga dengan perkahwinan, mempunyai faedah dan seterusnya kepada masyarakat Islam.
          Di antara faedah dan hikmahnya ialah : Supaya manusia itu hidup berpasangan menjadi suami isteri yang sah bagi mengatur dan membangunkan rumahtangga dengan janji-janji setia (akad nikah) sehidup semati, kerana dengan perkahwinan kaum hawa tidaklah dianiaya seperti semasa zaman jahilliyah yakni zaman sebelum kedatangan islam.
             Supaya perhubungan lelaki dan wanita akan lebih bermakna lagi di sisi Allah dengan ikatan dan pertalian yang kukuh di mana tidak mudah putus atau diputuskan. Selain itu, Membangunkan masyarakat dari asas-asas rumahtangga yang damai dan berdisiplin. umat manusia juga dapat berkembang dan membiak bagi meramaikan dan memakmurkan bumi Allah yang luas ini. Justeru itu timbullah perasaan mahabbah, kasih sayang, tanggungjawab seorang suami kepada isteri, seorang bapa kepada anaknya, seorang datuk kepada cucunya dan seterusnya dari sebuah masyarakat kepada negara.
Dalam erti kata lain, perkahwinan adalah peraturan dari Allah Taala yang diturunkan untuk kebaikan seluruh masyarakat manusia bagi mencapai kebahagiaan umat dengan baik dan sempurna. Jika keadaan rumahtangga itu kucar kacir dan tidak kukuh, maka keadaan umat itu juga turut lemah dan sengsara akhirnya sedangkan semua gama yang ada di muka bumi ini mengiktirafkan perkahwinan.

HUKUM-HUKUM PERKAHWINAN

       Hukum asal suatu perkahwinan adalah harus sahaja tetapi dalam sesetengah keadaan dan situasi hukumnya berkemungkinan boleh berubah menjadi wajib, sunat, haram dan makruh di mana sesuai dengan keadaan yang dihadapi seseorang yang akan menempuh alam perkahwinan. Huraiannya adalah seperti berikut :-
         Perkahwinan yang wajib apabila orang yang diwajibkan berkahwin ialah orang yang sanggup untuk berkahwin, sedang ia mengkhuatiri terhadap dirinya akan melakukan perbuatan zina. Oleh itu, beliau berkahwin kerana dibimbangi akan berlakunya perkara yang tidak diingini. Perkahwinan menjadi sunat apabila seseorang yang disunatkan untuk berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin dan sanggup memelihara diri dari kemungkinan melakukan perbuatan yang terlarang.
Perkahwinan yang haram apabila orang yang diharamkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin tetapi kalau ia berkahwin diduga akan menimbulkan kemudharatan terhadap pihak yang lain seperti orang gila, orang yang suka membunuh atau mempunyai sifat-sifat yang dapat membahayakan pihak yang lain dan sebagainya. Terjadinya perkahwinan yang makruh dimana orang yang makruh hukumnya berkahwin ialah orang yang tidak mempunyai kesanggupan untuk berkahwin (dibolehkan melakukan perkahwinan) tetapi ia dikhuatiri tidak dapat mencapai tujuan perkahwinan. Oleh itu dianjurkan sebaliknya ia tidak melakukan perkahwinan.

Friday, April 5, 2013

PERKAHWINAN RASULULLAH S.A.W


2.0  Perkahwinan Rasulullah Dan Kehidupan Rumah Tangga Baginda

2.1 Perkahwinan Rasulullah Dengan SITI KHADIJAH
Umumnya mengetahui bahawa kebanyakan anak-anak Rasulullah adalah hasil perkongsian hidupnya bersama Khadijah dan boleh dikatakan semua buku sirah, sejarah atau hikayat Nabi yang kita temui menceritakan bahawa Khadijah r.a. berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. semasa umur Khadijah 40 tahun.
Inilah pendapat yang paling popular, sedangkan dalam kitab-kitab ada juga menyebutkan Khadijah berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. pada ketika umur  Saidatina Khadijah 35 tahun, 30 tahun, 27 tahun dan 25 tahun.
Mualana Habibur Rahman dalam bukunya telah membuat kajian berkenaan dengan “umur” Aisyah & Khadiah r.a. semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. dan beliau memulakan bukunya dengan sepotong ayat al-Quran:

Maksudnya: Dia lah Yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah Yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan Dengan adanya faedah dan gunanya Yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesarannya) satu persatu bagi kaum Yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu Yang dijadikanNya).
Di bawah ini adalah petikan dari perbahasan beliau berkenaan umur Khadijah r.a. semasa berkahwin dengan Nabi s.a.w. yang saya petik daripada laman web www.darulkautsar.net iaitu dalam Perbahasan Tentang Usia Sebenar Khadijah r.a. Semasa Berkahwin Dengan Rasulullah s.a.w. (Adaptasi dari terjemahan Bahasa Inggeris kertas kerja hasil kajian oleh Maulana Habibur Rahman Siddiqui Kandhalawi). Beberapa pindaan dari teks asal dibuat untuk tujuan menjelaskan fakta.
Dikatakan bahawa Ummul Mu’minin Saidatina Khadijah r.a. berumur 40 tahun ketika beliau berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Ia adalah suatu riwayat yang yang tidak berasas tetapi telah disebarkan sebegitu rupa dan digarap seolah-olah sebahagian daripada ugama. Ini adalah percubaan untuk membuktikan bahawa Rasulullah s.a.w. telah melalui zaman mudanya bersama-sama dengan seorang wanita tua. Dalam usia lanjut, beliau r.a telah melahirkan empat orang anak perempuan iaitu Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah r.a.; dan tiga orang anak lelaki yang dinamakan Qasim, Tayyab and Tahir. Menurut sesetengahnya pula, beliau r.a. telah melahirkan empat orang anak lelaki; ada seorang yang bernama Abdullah, sedangkan setengah yang lainnya pula menyatakan bahawa yang sebenarnya Abdullah telah dipanggil sebagai Tayyab dan Tahir.
Saidatina Khadijah r.a. telah berkahwin sebanyak dua kali sebelum berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Perkahwinan pertamanya adalah dengan Abu Halah Hind bin Banash bin Zararah. Daripadanya, beliau telah mendapat seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Nama anak lelakinya ialah Hind dan anak perempuannya bernama Halah. Setelah kematian Abu Halah, Khadijah r.a. berkahwin dengan Atiq bin ‘Aid Makhzumi. Daripadanya dia mendapat seorang anak perempuan yang juga bernama Hind. Inilah sebabnya mengapa Saidatina Khadijah r.a. mendapat kunniyah sebagai Ummu Hind. Anak lelaki Saidatina Khadijah, Hind, telah memeluk Islam. (Seerat-un-Nabi, Jilid II, m/s 402).
Di sini, timbul satu persoalan, iaitu Saidatina Khadijah r.a. telah melahirkan empat orang anak sahaja di usia mudanya, namun semasa usia tuanya beliau telah melahirkan tujuh atau lapan orang anak, yang mana ia agak bertentangan dengan logik akal. Sebabnya, menurut Sains Perubatan, seorang wanita menjadi tidak subur untuk melahirkan anak, biasanya apabila melewati usia 45 tahun. Bagaimana pula boleh dipercayai bahawa lapan orang anak telah dilahirkan setelah melepasi usia 40 tahun?
Pihak Orientalis dan musuh-musuh Islam telah memberi perhatian khusus terhadap riwayat ini, kerana peristiwa ini jelas bertentangan dengan akal. Dengan mendedahkan peristiwa seperti ini, mereka mengambil kesempatan untuk mencemuh Islam.
Namun begitu, ulama kita sebaliknya menganggap kejadian ini sebagai ‘satu mukjizat’ Rasulullah s.a.w. Tambahan lagi mereka menganggap inilah keistimewaan nabi s.a.w. kerana sanggup mengahwini wanita yang tua sedangkan baginda s.a.w. sendiri muda belia.
Di pihak yang lain golongan Syiah mendakwa adalah tidak mungkin melahirkan sebegitu ramai anak di usia tua. Oleh itu, Zainab, Ruqayyah dan Ummu Kalthum tidak diiktiraf sebagai anak nabi s.a.w. Golongan Syiah mengatakan bahawa umur Khadijah r.a. ialah 40 tahun semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Meskipun mereka amat mahir bermain dengan angka, mereka telah melakukan kesilapan bodoh bila mendakwa bahawa Fatimah r.a. dilahirkan lima tahun selepas kenabian. Dalam hal ini, Khadijah sudah berumur 60 tahun semasa melahirkan Fatimah r.a.. Dengan ini tidak mungkin Ruqayyah dan Kalthum adalah anak kepada Khadijah kerana mereka adalah lebih muda dari Fatimah.
Kita akan membuktikan bahawa empat orang anak perempuan ini adalah dilahirkan oleh Saidatina Khadijah r.a. dari Rasulullah s.a.w. Tetapi sebelum itu orang Syiah perlu membuktikan bahawa seorang wanita yang berusia 60 tahun boleh melahirkan anak. Dan apabila mereka membuktikannya, mereka mesti juga membuktikan bahawa Fatimah r.a. adalah anak kepada Khadijah r.a.
Sebenarnya terdapat perbezaan pendapat tentang usia sebenar Khadijah r.a bila berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Ada yang berkata umurnya 40 tahun. Ada yang berpendapat usianya 35 tahun. Yang lain pula mengatakan 30 tahun, dan sesetengah pula mengatakan 27 tahun, manakala ada pula yang menyatakan bahawa usianya 25 tahun. Ahli-ahli sejarah Syiah sependapat mengatakan umurnya 40 tahun, dan mereka menolak pendapat lain. Dan mereka riuh rendah menyebarkan pendapat ‘40 tahun’ ini seolah-olah pandangan lain tidak pernah wujud. Ulama kita dan ahli-ahli sejarah yang terkemudian juga terpengaruh dengan daayah ini dan menyangkakan bahawa pendapat golongan Syiah inilah yang ‘tepat’.
Hafiz Ibn Kathir menulis:
Baihaqi telah memetik daripada Hakim iaitu apabila Rasulullah mengahwini Khadijah r.a., baginda s.a.w. adalah berumur dua puluh lima tahun dan Saidatina Khadijah r.a. berumur tiga puluh lima tahun, dan ada pendapat lain mengatakan usianya dua puluh lima tahun.” (al-Bidayah, Jilid II, m/s 295)
Dengan lain perkataan, Baihaqi dan Hakim menyatakan bahawa Saidatina Khadijah r.a. berusia tiga puluh lima tahun pada waktu itu. Bersama-sama dengan itu, mereka juga turut mengatakan bahawa ada pendapat bahawa beliau r.a. berusia dua puluh lima tahun. Di tempat lain, Hafiz Ibn Kathir mengatakan usia Saidatina Khadijah r.a. pada masa kewafatannya, sebagaimana berikut: “Usia Saidatina Khadijah mencapai 65 tahun. Satu pendapat mengatakan beliau meninggal pada usia 50 tahun. Dan pendapat ini (iaitu 50 tahun) adalah yang benar.” (al-Bidayah wan Nihayah, Jilid II, m/s 294)
Ulama Hadis dan ahli sejarah bersetuju bahawa Saidatina Khadijah r.a. menjalani hidup sebagai isteri Rasulullah s.a.w. selama 25 tahun dan beliau r.a. meninggal dunia pada tahun ke-10 Kerasulan. Hafiz Ibn Kathir berkata; ‘pendapat yang benar adalah usianya mencecah 50 tahun’ telah membuktikan bahawa usia Saidatina Khadijah pada masa perkahwinannya ialah 25 tahun. Dan juga, Hafiz Ibn Kathir juga telah membuktikan bahawa ‘maklumat’ yang diterima pada hari ini (iaitu umur Khadijah r.a. 40 semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w.) adalah salah dan tidak benar sama sekali..
Meskipun dengan fakta yang sebegini jelas, kita masih mempercayai (dan terperangkap) dalam berita yang lebih merupakan khabar angin semata-mata.
Apabila kami mengkaji ‘Al-Bidayah wan-Nihayah’ yang ditulis oleh Ibn Kathir, barulah kami menyedari akan kesilapan kami. Semoga Allah yang Maha Kuasa mengampuni kami, kerana kami adalah mangsa kepada suatu salah faham yang besar. Moga Allah yang Berkuasa mengurniakan kepada kita semua kefahaman akan Kebenaran.
Zainab ialah anak perempuan baginda yang pertama dilahirkan ketika baginda berusia tiga puluh tahun iaitu selepas lima tahun baginda berkahwin dengan Siti Khadijah dan sempat memeluk Agama Islam dan berhijrah ke Madinah selepas peperangan Badar. Dan telah berkahwin dengan Abil 'As sepupu sebelah ibunya.
Islam telah memisahkan di antara Zainab dengan suaminya Abi 'As apabila Zainab memeluk agama Islam dan Abil 'As kekal dengan agama syiriknya tetapi Rasulullah SAW tak berupaya pada peringkat awalnya untuk mengasingkan di antara keduanyan sehinggalah Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah.
Abul 'As B. Ar-Rabi' suami Zainab telah ikut bersama-sama kaum kafir Quraisy dalam peperangan Badar dan telah ditawan bersama-sama tawanan perang yang lain dan dibawa ke Madinah dan apabila ahli-ahli Mekah menghantar utusan untuk menebus tawanan perang masing-masing maka Zainab pun turut menghantar utusan untuk menebus Abul 'As suaminya dengan memberi rantai tengkuknya yang telah diberikan oleh bondanya Siti Khadijah semasa perkahwinan dengan Abi 'As dulu. Apabila Rasulullah SAW melihat rantai itu lalu baginda rasa kasihan yang amat sangat kepada Zainab lalu bersabda kepada para sahabatnya. Jika kamu fikir boleh membebaskan tawanan perang Zainab tanpa bayaran maka hendaklah kamu lakukan. Jawab para sahabat, ya boleh wahai Rasulullah lalu Abil 'As pun dibebaskan dan diberi balik rantai tengkuk Zainab kepadanya. Dan seterusnya baginda memberitahu Abil 'As bahawa pembebasannya itu adalah dengan syarat pihak Abil 'As melepaskan Zainab datang ke Madinah. Syarat ini diterima oleh Abul 'As dimana beliau sebaik-baik saja sampai balik ke Mekah terus menyuruh Zainab bersiap untuk pergi bersama-sama ayahandanya di Madinah dan Zainab pun tidak membuang masa terus bersiap-siap dengan mengemaskan segala barang-barang keperluannya dan keluarlah ianya dari rumah suaminya menuju ke Madinah dengan satu kenderaan yang disediakan kepadanya oleh Kinanah B. Ar-Rabi' iaitu adik beradik suaminya dan ini tidak dipersetujui oleh orang-orang Quraisy lalu dikejar dari belakang dan dilontar dengan lembing dan terkena kenderaan Zainab dan terjatuh Zainab yang sedang hamil ke atas batu pejal sehingga gugur kandungannya.
Walau bagaimana pun Zainab dapat meneruskan perjalanannya dan mulai dari hari itu kedua-duanya tinggal berasingan. Abul 'As di Mekah manakala Zainab di Madinah sehinggalah Abul 'As memeluk Islam dan datang ke Madinah dan dikahwinkan semula oleh Rasulullah SAW dengan Zainab dalam tahun yang ke tujuh hijrah dan setahun kemudian Zainab pun meninggal dunia kerana kesan dari penyakit guguran yang menimpanya semasa terjatuh dari kenderaannya dalam perjalanan ke Madinah dahulu.
Raqiah dilahirkan semasa baginda berusia tiga puluh tiga tahun iaitu selepas berkahwin dengan Khadijah delapan puluh tahun. Pada mulanya Raqiah dikahwinkan dengan Utbah B. Lahab dan Umi Kalthum berkahwin dengan Utaibah B. Lahab, perkahwinan ini berlaku sebelum Muhammad diutus menjadi Rasul. Maka manakala turun ayat :
تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ
Surah Al-Lahab ayat 1. Maksudnya : Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan binasalah dia bersama. Ayat ini turun selepas Nabi Muhammad SAW memberi ingatan dan amaran kepada kaum kerabat baginda apabila turun ayat
وَأَنذِرْ عَشِيرَتَكَ اْلأَقْرَبِينَ
214. As-Syu'ara' yang bermaksud dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat yakni hendaklah kamu terlebih dahulu mengajak dan menyeru kaum kerabatmu yang dekat memeluk agama Islam. Abu Lahab pun memerintah kedua-dua anaknya Utbah dan Utaibah seupaya menceraikan kedua-dua anak perempuan Rasulullah Raqiah dan Umi Kalthum. Lalu mereka terus menceraikan kedua-dua isteri mereka dan kedua-dua pasangan tersebut sebenarnya belum lagi bersatu. Kemudian Raqiah telah berkahwin dengan Uthman Ibn 'Affan di Mekah dan berhijrah ke Habsyah dan pada satu ketika putus berita keduanya dari pengetahun Rasulullah SAW sehingga diberitahu kepada baginda oleh seorang perempuan yang datang dari Habsyah bahawa beliau ada melihat kedua-duanya di Habsyah lalu Nabi bersabda "
صحبهما الله أن عثمان أول من هاجر بأهله بعد لوط
Maksudnya : Allah telah menemani kedua-duanya. Sesungguhnya Uthman ialah orang yang pertama berhijrah bersama-sama keluarganya selepas Nabi Luth. Raqiah meninggal dunia di Madinah sewaktu Nabi sedang berperang di Badar.
Umi Kalthum dilahirkan lebih kurang setahun selepas Raqiah dan apabila Rasulullah SAW turun dari rumahnya menuju rumah Abu Bakar As-Siddiq untuk menemani baginda ke gua Thur dan seterusnya berhijrah ke Madinah hanya Umi Kalthum dan Fatimah sahaja yang ditinggal di rumah dalam keadaan yang cemas dan gelisah tiada ada yang menjaga keduanya selain Allah. Kemudian tibalah Zaid b. Harithah untuk menemani Umi Kalthum dan Fatimah berhijrah ke Madinah, dan setelah kakaknya yang sangat dikasihi Raqiah meninggal dunia beliau berkahwin dengan Uthman b. Affan dalam tahum yang ke sembilan hijrah.
Keluarga Rasulullah SAW telah menyambut bayi perempuan (Fatimah) lima tahun sebelum Nabi Muhammad diutus menjadi Rasul iaitu setelah sepuluh tahun baginda berkahwin dengan Siti Khadijah dan Fatimah meripakan anak bongsu perempuan, beliau tinggal tetap di rumah ayahandanya sehinggalah berpindah ke Madinah bersama-sama kakaknya Umi Kalthum dan dikahwinkan dengan Ali b. Abi Tholib dalam tahun yang ketiga hijrah selepas peperangan Uhud dan Fatimah menjadi anak kesayangan baginda dan sekalian keluarganya. Rumah kediaman Fatimah terletak berhampiran dengan rumah baginda Rasulullah dan apabila baginda Rasulullah hendak musafir, rumah Fatimah yang akhir dijenguk oleh baginda dan begitu juga sekembalinya baginda dari musafir rumah Fatimah yang mula-mula dilawatinya selepas sembahyang dua rakaat di Masjid. Kemudia baginda mengunjungi rumah-rumah isterinya selepas itu sabda Nabi SAW:
فاطمة بضعة مني فمن أغضبها أغضبني
Yang bermaksud : Fatimah adalah sebahagian dariku maka sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyebabkan kemarahannya maka sesungguhnya ia melakukan perbuatan yang menyebabkan kemarahanku.
Keadaan kehidupan Fatimah bersama Ali tidak boleh dianggap sebagai orang yang senang lenang malah boleh dikatakan hampir kepada kesusahan dan miskin. Ada hadis yang diriwayatkan dalam Musnad Al-Imam Ahmad dan Bukhari dan Muslim daripada Ali maksudnya : Bahawa Fatimah pernah mengadu tentang kesusahan buat kerja sendiri dan pernah ke rumah ayahandanya untuk mendapat khadam tetapi tak berhasil lalu ia memberitahu Saidatina Aisyah, maka apabila tiba baginda Rasulullah ke rumahnya Aisyah pun menceritakan tentang kedatangan Fatimah dan tujuannya lalu baginda pun terus pergi ke rumah Fatimah dan pada ketika itu Fatimah dan suaminya Ali mula masuk tidur dan apabila terdengar ketibaan ayahandanya Fatimah terus bangkit lalu baginda berkata tak payahlah duduklah di situ seraya bersabda "
ألا أعلمكما خيرا مما سألتماني , قلنا بلى قال كلمات علمنيهن جبريل . إذا أخذتما مضاجعكم من الليل فكبرا ثلاثا وثلاثين وسبحا ثلاثا وثلاثين واحمدا ثلاثا وثلاثين فهو خير لكما من خادم.
Yang bermaksud : Tidakkah kamu setuju aku ajar kepada kamu satu perkara yang lebih baik daripada apa yang diminta oleh kamu berdua ?
Jawab Fatimah dan Ali : Ya benar. Sabda Nabi ialah beberapa kalimah yang telah diajarkan kepada aku oleh Jibril.
Yang bermaksud : “Apabila kamu mula mengambil tempat tidur di waktu malam hendaklah kamu baca takbir (Allahu Akbar) tiga puluh kali dan bertasbih (Subhanallah) tiga puluh kali dan bertahmid (Alhamdulillah) tiga puluh kali maka ianya lebih baik bagi kamu berdua daripada mendapat seorang khadam. Selepas itu kehidupan mereka boleh dikatakan bahagia saling bantu membantu di antara satu sama lain serta dikurniakan Allah anak lelaki dan perempuan iaitu Hasan, Husin, Muhsin, Zainab dan Umi Kalthu”
Pada permulaannya sewaktu anak sulungnya lahir mereka namakan Harb maka apabila Rasulullah SAW tiba baginda minta hendak tengok bayi yang baru lahir dan bertanya kamu beri nama apa ? Mereka menjawab Harb, sabda Rasulullah SAW (بل هو حسن) yang bermaksud : Bahkan ianya bernama Hasan begitu juga kelahiran Husin dan Muhsin tetapi Muhsin meninggal dunia semasa kecil lagi. Rasulullah memang bermanja-manja dan bermain-main dengan mereka. Pernah dilihat kanak-kanak tersebut memijak-mijak dada baginda dan lagi dilihat pada satu ketika sewaktu Rasulullah sedang sujud dalam sembahyang Hasan dan Husin naik atas bahu baginda maka baginda terus sembahyang dengan berhati-hati serta memanjangkan masa sujud kerana bimbang takut mereka terjatuh, malah pernah juga berlaku sewaktu baginda di atas mimbar maka tiba-tiba Hasan dan Husin muncul di hadapan baginda lalu baginda turun dari mimbar mendukung kedua-duanya seraya berkata :
   
 Surah Al-Taghabun ayat 15. Yang bermaksud : Benar firman Allah yang Maha Besar sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu menjadi ujian. Dan apabila saja baginda terdengar cucu-cucunya menangis terus memanggil Fatimah sambil bertanya apakah yang menyebabkan mereka menangis ? Dan sambung lagi sabdanya :"Tidakkah kamu tahu bahawa tangisan mereka itu menyakiti aku".
Fatimah meninggal dunia di samping Saidina Ali dan anak-anaknya di Madinah selepas enam bulan daripada wafat ayahandanya Rasulullah SAW.

2.2 Perkahwinan Rasulullah Dengan SAUDAH BINTI ZAM’AH R.H
Nabi Muhammad s.a.w. berkahwin dengan Saudah setelah 3 tahun kewafatannya Khadijah.
Saudah adalah merupakan seorang janda tua. Suami pertamanya ialah al-Sakran bin Amr. Saudah dan suaminya al-Sakran adalah di antara mereka yang pernah berhijrah ke Habsyah. Apabila suaminya meninggal dunia setelah pulang dari Habsyah, maka nabi Muhammad s.a.w. telah mengambilnya menjadi isteri untuk memberi perlindungan kepadanya dan memberi penilaian yang tinggi kepada suaminya. Acara perkahwinan dilakukan oleh Salit bin Amr. Riwayat lain menyatakan upacara dilakukan oleh Abu Hatib bin Amr.
Mas kahwinnya ialah sebanyak 400 dirham. Selain itu, beliau mempunyai sikap yang lucu  sehingga baginda tersenyum dengan telatahnya. Contohnya pada suatu hari, Saudah mengatakan kepada suaminya iaitu semasa beliau sedang sujud, beliau tidak dapat menahan sakit kerana hidungnya selalu tertekan kuat di atas lantai yang ketika itu Rasulullah sedang sujud dengan begitu lama. Hal ini menyebabkan beliau terpaksa menaikkan sedikit hidungnya semasa sujud.

2.3 Perkahwinan Rasulullah Dengan AISHAH BINTI ABU BAKAR R.A
Seorang perempuan bernama Kholeah Bint Hakim menyarankan agar Nabi SAW menikahi Aishah, puteri dari Abu Bakar khalifah islam yang pertama, dengan tujuan agar mendekatkan hubungan dengan keluarga Abu Bakar. Waktu itu Aishah sudah bertunang dengan Jober Ibn Al Moteam Ibn Oday, yang pada saat itu adalah seorang bukan muslim. Orang-orang di Mekah tidaklah keberatan dengan perkahwinan Aishah, walaupun masih muda, tapi Aisyah sudah cukup dewasa untuk memahami tentang tanggungjawab didalam sebuah perkahwinan. Nabi Muhammad s.a.w bertunang selama 2 tahun dengan Aishah sebelum bernikah dengannya. Dan bapa Aishah, Abu Bakar pun kemudian menjadi khalifah pertama setelah Nabi s.a.w wafat untuk menguruskan hal ehwal umat islam.

2.4 Perkahwinan Rasulullah Dengan HAFSAH BINTI UMAR R.H
Hafsah adalah puteri kepada Umar, khalifah islam yang kedua. Pada mulanya, Umar meminta Uthman mengahwini anaknya, Hafsah. Tapi Uthman menolak kerana isterinya baru meninggal dunia dan dia belum bersedia untuk berkahwin lagi. Umar pun pergi menemui Abu Bakar yang juga menolak untuk mengahwini Hafsah. Akhirnya Umar pun mengadu akan halnya kepada nabi s.a.w bahawa Uthman dan Abu Bakar tidak mahu menikahi anaknya. Nabi s.a.w pun berkata pada Umar bahawa anaknya akan menikah demikian juga Uthman akan menikah lagi. Akhirnya, Uthman mengahwini anak Nabi s.a.w yaitu Umi Kaltsum, dan Hafsah sendiri menikah dengan Nabi s.a.w. Hal ini membuat Uthman dan Umar gembira.

2.5 Perkahwinan Rasulullah Dengan ZAINAB BINTI KHUZAIMAH R.H
Suaminya terbunuh pada peperangan Uhud, meninggalkan dia yang miskin dengan beberapa orang anak. Dia sudah tua ketika nabi s.a.w mengahwininya. Dia meninggal dunia pada tiga bulan setelah perkahwinannya dengan nabi s.a.w. iaitu pada tahun 625 masihi.

2.6 Perkahwinan Rasulullah Dengan HINDUN UMMU SALAMAH AL-MAKHZUMIAH R.A
Bapanya dari keturunan Arab yang baik dan terkenal. Sebelumnya Hindun telah berkahwin dengan sepupunya Abdullah B. Al-Asad Al-Makhzumi dan ianya dari kumpulan orang yang mula-mula memeluk agama Islam di mana beliau juga sepupu sebelah ibu dengan Rasulullah di samping menjadi saudara susu dengan baginda dan lagi beliau orang yang mula-mula berhijrah ke Habsyah bersama-sama dengan isterinya Hindun kemudian mereka balik ke Mekah dan berhijrah ke Madinah setelah banyak halangan dan dugaan ditempuhi. Abdullah suami Hindun meninggal dunia di Madinah kerana luka parah dalam peperangan Uhud dan Hindun sangat sayang kepada suaminya. Pada mulanya Abu Bakar dan Umar telah meminang beliau tetapi beliau menolaknya. Lalu Nabi masuk meminangnya untuk baginda sendiri dan pada mulanya beliau menolak pinangan Rasulullah dengan alasan beliau sudah tua dan ramai anak yatim. Maka Rasulullah menjawab bahawa baginda lebih tua daripadanya dan anak-anak yatim itu terserahlah kepada Allah dan rasul-Nya. Lalu Hindun pun menyatakan persetujuannya dan berkahwin dengan Rasulullah SAW.
2.7 Perkahwinan Rasulullah Dengan Zainab Bt. Jahsy Al-Asadiah R.A
Sebagai menyahut perintah Allah Rasulullah telah mengahwinkan Zainab Bt. Jahsy dengan Zaid B. Harithah yang telah dimerdekakan oleh baginda dan dijadikan anak angkatnya. Kemudian baginda dikahwinkan dengan Zainab selepas diceraikan oleh Zaid kerana suatu hikmah yang mengatasi segala hikmah lain dalam perkahwinan baginda dengan isteri-isteri yang lain iaitu menghapuskan kepercayaan karut jahiliah yang masih berjalan sehingga dewasa itu. Bahawa anak angkat sama seperti anak sendiri diberi segala hak anak hatta harta pusaka dan sebagainya. Dan perkahwinan itu berlaku di tahun yang ketiga dan ada yang mengatakan di tahun yang kelima selepas hijrah.
Apabila Allah menghendaki menghapuskan kepercayaan dan segala hukum karut jahiliah itu lalu Allah memerintahkan Rasulnya supaya mengahwinkan Zainab dengan Zaid dan Allah Taala memang mengetahui bahawa kedua-duanya (Zainab dan Zaid) tidak akan kekal lama. Rasulullah telah pergi menemui Zainab dan berkata : Sesungguhnya aku ingin kahwinkan engkau dengan Zaid B. Harithah dan aku telah berkenan Zaid untukmu. Maka jawab Zainab dengan berkata : Wahai Rasulullah aku tak setuju Zaid menjadi suami aku. Dan aku ini sepupu engkau dan aku tidak akan menerimanya. Maka berikutan dari itu turunlah ayat berikut :

 Maksudnya : “dan tidaklah harus bagi orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan sesiapa Yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang jelas nyata”
                                                                                                       Surah Al Ahzab: 36
Setelah itu Zainab pun menyatakan persetujuan lalu berkahwin dengan Zaid. Semasa mereka berdua hidup sebagai suami isteri, Zainab selalu mengeluarkan kata-kata kasar kepada Zaid dan membesar-besarkan dirinya, lalu Zaid pun pergi mengadu kepada Rasulullah dan meminta kebenaran dari Rasulullah untuk bercerai dengan Zainab maka jawab Rasulullah امسك عليك زوجك واتق الله yang bermaksudnya : Jangan cerai isterimu itu dan bertakwalah kepada Allah.
Rasulullah memang mengetahui satu ketika nanti akan berlaku juga perceraian di antara Zaid dengan Zainab dan Allah akan mengharapkan baginda berkahwin dengan Zainab sesudah bercerai nanti sebagai menghapuskan kepercayaan karut jahiliah tentang bekas isteri anaknya sendiri. Tetapi Rasulullah menyembunyikan perkara itu dan tidak menerangkan kepada Zaid dan kepada sesiapa pun kerana dibimbang orang akan bercakap lebih-lebih lagi golongan musyrikin. Bahawa Muhammad berkahwin dengan isteri anaknya lalu turun Firman Allah :

Maksudnya:  dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Engkau berkata kepada orang Yang telah dikurniakan oleh Allah (dengan nikmat Islam) dan Yang Engkau juga telah berbuat baik kepadanya: "Jangan ceraikan isterimu itu dan bertaqwalah kepada Allah", sambil Engkau menyembunyikan Dalam hatimu perkara Yang Allah akan menyatakannya; dan Engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah jualah Yang berhak Engkau takuti (melanggar perintahNya). kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan Engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang Yang beriman untuk berkahwin Dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya). dan sememangnya perkara Yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku.
Dan dalam firman Allah زوجنكها yang bermaksud : Kami kahwinkan engkau dengannya, itu menunjukkan bahawa perkahwinan tersebut adalah dari Allah SWT sebagaimana yang disebutkan tentang hikmatnya dan bukan dengan kehendak dan kecenderungan Nabi SAW dan tidak berlangsung akad nikah seperti mana yang telah berlaku dengan isteri-isteri yang lain kerana perkahwinan Allah kepada Nabi lebih kuat dan mengatasi segala akad yang lain.
2.8 Perkahwinan Rasulullah Dengan JUWAIRIYAH BINTI AL-HARITH R.H
Juwairiah adalah salah seorang dari tawanan perang Bani Al-Mustaliq dan telah dapat kepada salah seorang Ansar maka Juwairiah hendak menebus dirinya dari tuannya lalu diletakkan harga yang sangat mahal memandang kepada bapanya orang besar dan ketua Kaum Bani Al-Mustaliq serta mampu membayarnya. Tetapi Juwairiah bimbang dan takut dari kesan dan implikasi harga yang keterlaluan itu. Lalu pergi mengadu kepada Rasulullah dan pada ketika itu baginda berada di rumah Siti Aisyah dan berkata kepada Rasulullah : “Saya Juwairiah Bt. Al-Harith Abi Dirar ketua kaumnya dan aku telah ditimpa kemalangan di mana engkau lebih mengetahuinya. Sesungguhnya aku telah jatuh ke tangan seorang Ansar maka tak dapat tidak aku mesti menebus diriku. Sebab itu aku datang meminta pertolongan engkau”. Maka sabda nabi, “adakah engkau berkehendak yang lebih baik dari itu ?” Berkata Juwairiah “apa dia ?” Sabda Nabi, “aku tebus engkau dan aku berkahwin dengan engkau”. Tawaran ini diterima oleh Juwairiah. Maka apabila berita perkahwinan Rasulullah SAW dengan Juwairiah tersebar, golongan Ansar telah membebas tawanan perang dari Kaum Ban Al-Mustaliq sebagai menghormati besan Rasulullah. Berikutan dari perkahwinan ini Rasulullah telah membina rumah yang khusus bagi Juwairiah berdekatan dengan rumah-rumah isterinya yang lain berhampiran dengan masjid.
2.9 Perkahwinan Rasulullah Dengan SAFIYYAH BINTI HUYAI R.H
Dalam tahun yang keenam hijrah Rasulullah SAW telah berkahwin dengan Sofiah dari keturunan Nabi Allah Harun dan ianya dari golongan Bani Al-Nadhir dan telah ditawan selepas kematian suaminya dalam peperangan Khaibar.
Para sahabat telah memberitahu Rasulullah bahawa Sofiah tak sesuai bagi orang lain selain daripada baginda sendiri. Maka Rasulullah bersetuju dengan pendapat itu serta tidak mahu membiarkan Sofiah hidup dalam penderitaan dan dengan itu juga dapat membuat perhubungan silaturahim dengan kaum Bani Israel mudah-mudahan dapat meringankan sedikit sebanyak permusuhan mereka terhadap Rasulullah.
Imam Ahmad telah meriwayatkan bahawa baginda telah memberi kepada Sofiah pilihan selepas dibebaskan dari belenggu kehambaan hendak menjadi isterinya atau balik kepada kaum keluarganya, maka Sofiah memilih untuk menjadi isteri Rasulullah SAW.

2.10 Perkahwinan Rasulullah Dengan UMMU HABIBAH BT. ABI SUFIAN AL-UMAWIYAH R.A
Perkahwinan Rasulullah dengan Ummul Mukminin Habibah Bt Abi Sufian berlangsung dalam tahun ketujuh hijrah dan namanya yang sebenar ialah Ramlah. Sebelumnya Ramlah menjadi Isteri kepada Abdullah B. Jahsy dan telah berhijrah buat kali kedua bersama Ramlah ke Habsyah. Kemudian suaminya Abdullah masuk Kristian dan keluar dari agama Islam (murtad) dan mati di Habsyah manakala Ummu Habibah tetap tidak berganjak dari agama Islam. Maka Rasulullah telah menghantar Amru dan Umaiyyah A-Dhomiri kepada An-Najasyi untuk meminang Sofiah dan berkahwin dengan baginda secara wakil lalu An-Najasyi mengutus seorang gundik bernama Abrahah untuk memberitahu Ummu Habibah lamaran baginda itu itu dengan katanya (Abrahah) :
Sesungguhnya Raja telah bertitah bahawa Rasulullah memberi wakil kepadanya untuk mengahwinkan engkau dengan baginda maka hendaklah engkau pula memberi wakil kepada sesiapa dalam urusan perkahwinan engkau ini. Lalu Ummu Habibah bersetuju dan memberi wakil kepada Khalid B. Said B. Al-As B. Umayyah B. Abd Syams Ibn Abd Manaf dan seterusnya berlangsunglah perkahwinan baginda dengan Ummu Habibah dengan mas kahwin sebanyak empat ratus dinar mas di mana An-Najasyi telah membayarnya kepada Khalid dan setelah selesai akad nikah mereka pun mahu meninggalkan majlis lalu An-Najasyi bertitah : “Tunggu dan duduk dulu kerana mengikut Sunnah Nabi-nabi apabila berlangsungnya perkahwinan mesti diadakan jamuan maka mereka pun dijemput ke satu majlis jamuan sempena dengan perkahwinan tersebut dan apabila selesai barulah mereka bersurai”.
Ummu Habibah menyambung cerita, apabila mas kahwin diberi kepadanya lalu ia memberi kepada Abrahah sebanyak lima puluh dinar tetapi Abrahah menolaknya. Kemudian pada keesokan hari Abrahah telah memberinya hadiah berupa minyak atar, kayu gaharu dan barang-barang makanan yang banyak maka aku bawa balik bersama-sama ku menghadap Rasulullah SAW. Dengan perkahwinan Rasulullah SAW dengan Ummu Habibah itu boleh meredakan ketegangan baginda dengan musuh ketatnya Abi Sufian di samping tidak membiarkan Ummu Habibah sebagai seorang janda yang dihina di negeri asing setelah suaminya masuk Kristian.
2.11 Perkahwinan Rasulullah Dengan MAIMUN BT. AL-HARITH AL-HILALIAH R.A
Di akhir tahun yang ketujuh hijrah Rasulullah telah berkahwin dengan Maimun Bt. Al-Harith dan namanya yang sebenar ialah Barrah tetapi dipanggil Maimunah. Saidatina Aisyah menyatakan bahawa Maimunah adalah yang paling takwa kepada Allah dari kalangan kami dan dialah yang menjadi orang perantaraan dalam hubungan silaturahim di antara kami sekalian dan orang yang pertama mendorong kepada perkahwinan ini ialah bapa saudara baginda Al-Abbas dan jika tidak ada apa-apa kebaikan dan masaalah sudah tentu bapa saudara baginda Al-Abbas tidak mengambil berat dan tidak mengesyorkan kepada baginda untuk berkahwin dengan Maimunah. Kesimpulannya : Bahawa baginda Rasulullah SAW mementing dan mengambil kira kemuslihatan dalam memilih setiap isterinya baik dari segi perundangan. Timbang rasa dan jaminan bagi janda-janda yang suami mereka gugur syahid dalam peperangan dan anak-anak yatim.
Berapa banyak pembesar-pembesar kabilah tertarik kepada Rasulullah melalui perkahwinan di samping memberi pengajaran kepada pengikut-pengikutnya bagaimana cara menghormati perempuan serta berlaku adil terhadap mereka dan menetapkan hukum kekeluargaan dan sebagainya.
Jika sekiranya baginda hendak bersuka ria dan berseronok dengan cara berpoligami sudah tentu baginda akan memilih anak-anak dara yang cantik-cantik dan tidak mengambil perempuan-perempuan janda yang mempunyai anak dan sebagainya.
Berpoligami pada masa itu merupakan satu perkara yang tak dapat dielakkan malah ianya termasuk dalam perkara darurat disebabkan banyak lelaki gugur di medan perang dan perempuan-perempuan yang ditinggalkannya perlu mendapat perhatian dan jaminan hidup kerana sebilangan besar daripada keluarganya adalah dari golongan musyrikin. Perkahwinan seperti ini adalah semata-mata untuk kebaikan dan kepentingan perempuan dan bukan untuk lelaki.
2.12  Perkahwinan Rasulullah Dengan MARIAH BINTI SYAM’UN R.H
Dia mulanya adalah orang yang membantu menangani permasalahan dirumah Rasullullah s.a.w yang dihantar oleh Raja Mesir. Dia sempat melahirkan seorang anak yang diberi nama Ibrahim. Ibrahim akhirnya meninggal pada umur 18 bulan. Tiga tahun setelah menikah, Nabi s.a.w wafat, dan Maria akhirnya meninggal 5 tahun kemudian, tahun 16 hijrah. Waktu itu, Umar bin Khatab yang menjadi Imam solat Jenazahnya, dan kemudian dimakamkan di perkuburan Al-Baqi.



6.0 HIKMAH LARANGAN MENGAHWINI ISTERI RASULULLAH SELEPASNYA
Pertama ialah kerana Rasulullah mengahwini wanita yang sudah tua, muda belia dan pertengahan. Dalam setiap perkembangan umur, wanita mempunyai masalah sendiri. Kehidupan baginda baginda secara praktis harus mempunyai reaksi langsung dan sesuai dengan setiap perkembangan. Semua ini demikian di imbaskan kepada umat islam, sehingga menunjang kepentingan kerasulan yang telah yang telah dijadikan Allah sebagai penerangan segala sesuatu yang ada dalam kehidupan manusia.
Kedua ialah, dalam islam, wanita juga mempunyai beban kewajiban seperti halnya lelaki. Tetapi ia mempunyai pengkhususan yang berbeza dengan kaum lelaki. Beberapa panduan wanita yang menjadi isteri bagibda membantu pengimbasan sesuatu yang ada kaitannya dengan wanita kepada umat islam.
Ketiga ialah perkahwinan rasulullah dilakukan dengan para wanita yang suci. Diantara mereka ada yang berasal dari kalangan quraisy dan selain itu ada yang berasal dari kalangan yahudi. Orang tua mereka pula ada dari kalangan muhajirin dan ada daripada kalangan kafirin waktu baginda menikahinya.
Keempat, adanya hubungan antara Rasulullah dengan beberapa wanita yang menjadi isteri baginda dari beberapa masyarakat, telah menjadikan hubungan antara wanita-wanita muslimah semakin luas. Sehinnga penyampaian hukum kepada mereka menjadi mudah. Masing-masing dia antara mereka dapat menghubungi ummahatul mukminin yang mempunyai hubungan persaudaraan atau yang sebaya umurnya. Tanpa itu semua tidak mungkin satu wanita sahaja dapat menerangkan segala permasaalahan mengenai wanita. Tanpa itu semua tidak mungkin kita akan dapat melihat beribu hadis yang diriwayatkan oleh Rasulullah dan isteri-isterinya, yang membicarakannya tentang beribu-ribu masalah yang begitu rumit dan sukar di ketahui.